Saturday, June 29, 2019

Emas 10g & washing machine 13kg

10g emas ini berharga RM1690 pada tahun lepas (16/8/2018), jika nak jual balik dalam waktu terdekat, PG terima dengan harga RM1537...itulah kesan jangkamasa pendek...pernah seorang kawan komplen sebab macam tak adil je beli lepas tu kurang banyak masa nak jual balik...dah kau beli hari ini, bulan depan jual...memanglah harganya macam tu...beli henfon RM1000 hari ini pun kalau jual esok dah turun jadi RM700...itulah namanya susutnilai...tahun depan henfon RM1000 tadi tak mustahil boleh susut sehingga lebih 50% atau lebih malang lagi tiada nilai langsung 

Tetapi itu tidak akan berlaku pada emas...tak percaya? 

Ok,tengok pula 10g emas pada harga sekarang, di kala harga semakin meningkat & berada pada paras tertinggi pada 29/6/2019 iaitu RM199 per gram...10g yang dibeli pada 10 bulan lepas dengan harga RM1690 telah pun bernilai RM1986 & kalau nak jual balik,PG terima dengan harga RM1807

Orang yang beli emas 10g pada bulan lepas dengan harga RM1930 akan kata rugi beli emas sebab kalau jual balik pada hari ini PG terima dengan harga RM1807...rugi RM123

Tapi orang yang beli emas 10g pada 10 bulan lepas pula dengan harga RM1690 pula kata untung sebab boleh jual balik dengan harga RM1807...untung RM117

Dah nampak?

Haa...apa lagi,boleh la jual seketul 10g ni untuk beli washing machine yang rosak pagi tadi 

#ijanpublicgoldbintulu 
019 865 7574 



Thursday, June 27, 2019

Emas mahal....ya ka?


Emas mahal?

Emas nang mahal dari dolok bah...bila masanya murah?

Nya akan murah bila kita dah berada 4 atau 5 tahun ke depan...serupa macam kinek toklah,tahun 2019 baruk nampak emas masa tahun 2013 dolok murah,tapi masa kita di tahun 2013 dolok kita madah emas mahal,nampak sik? 

Nak beli emas dengan harga mampu milik & praktikal,boleh la bukak akaun
Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold 

GAP tok kita boleh beli sikit2 bila2 kita maok...sama macam kita simpan duit dalam bank la bos,katakan target nak simpan rm1000,sebulan sekali simpan dalam rm100,cukup 10 bulan kelak dah ada rm1000 dalam akaun & boleh keluarkan dalam bentuk duit kertas atau biar simpan jak sebagai saving

Macam ya juak emas,mun target kita nak ngeluar 10g,beli jak 1g setiap bulan,cukup 10 bulan dah ada 10g...mun dah cukup,boleh keluarkan dalam bentuk fizikal

Ada 0.5g,1g,5g,10g,20g,50g,100g,250g,1000g,setengah dinar,1 dinar,5 dinar & 10 dinar

Bah,dah ada emas kelak,apa nak dipolah?Simpan ajaklah & kumpul agik semampu mungkin sebagai aset untuk diguna masa depan,yalah & duit kitak orang dalam bentuk emas

Duit simpanan dalam bentuk kertas mudah berkurang sebab selalu dikorek balit walaupun dah simpan dalam bank,ada ajak rasa nak dibeli walaupun sik perlu...yalah antara sebab Tabung Haji & ASB ya nait turun nait turun jak jumlah baki dalam akaun, kadang2 turun cepat agik dari nait...duit dalam bank biasa agiklah cepat surut,kinek tok berbeli barang tranfer ajak online sampei sik terasa duit mengalir cepat 

Berbeza mun duit dah ditukar ke bentuk emas,neida rasa nak belanja agik,sayang agik ada...nak berguna duit kelak,gadeilah kejap di Arrahnu...mun dah banyak kelak,boleh juak dijual balit untuk beli rumah ka,nak kawen baru ka...jangan pakei beli nok entah apa² dah la

Apa?Takut nak nyimpan banyak?Takut kenak rompak?

Huh...1g pun belum ada dah bingong macam apa,simpan ajak dalam Public Gold pun boleh juak,sikda cas apa²...simpan sikit fizikal di tangan pun cukuplah untuk keperluan

Mun nak bukak akaun GAP kelak,klik jak link debah,kelakku guide sampei torang terer

http://wasap.my/60198657574

Tuesday, June 25, 2019

Thursday, June 20, 2019

Harga emas semakin naik


Emas tiada dividen seperti duit simpanan dalam bank...berat pun sama sahaja jika tidak ditambah...beli 5g goldbar tahun lepas & simpan dalam laci,tahun ni pun berat masih 5g,celah mana nak datang untungnya?

Untungnya ialah emas akan kekal lama dalam simpanan selagi tiada keperluan untuk dijual,simpan duit tunai RM1000 dalam laci, bulan depan belum tentu masih ada...

Mari kita tengok beza harga 1g bulan Jun 2018 & 1 Jun 2019

1g Jun 2018 = RM177
1g Jun 2019 = RM196

5g emas dalam laci tahun lepas bernilai RM885 sudah pun bernilai RM980 pada hari ini, kenaikan sebanyak RM95 iaitu sekitar 11%

Ada beli 100g pada harga RM17,497 tahun lepas?

Hari ini emas dengan berat yang sama sudah bernilai RM19,383...pertambahan sebanyak RM1886

Kalau 1kg?

Beli pada 2018 dengan harga RM174,403...hari ini dah bernilai RM193,199...nilai bertambah sebanyak RM18,796...dah boleh jual balik dengan keuntungan RM7205

Apalagi tunggu,harga semakin naik...kalau dah ada niat nak simpan emas tu dah bagus dah,cuma perlu ambil satu langkah ke depan lagi dengan membuat pembelian yang pertama

#ijanpublicgoldbintulu



Saving kaedah envelope


Sini aku nak share satu kaedah saving selain saving 10% gaji & saving dalam bentuk emas yang selalu aku tulis dalam fesbuk ni

Saving ni untuk hari2 yang jarang berlaku tetapi sekali kalau hari tu datang,boleh tahan juga belanjanya kalau tiada persediaan awal,lebih2 lagi kalau gaji belum lagi masuk atau gaji dah masuk tapi tak cukup pula untuk bajet yang besar2...contohnya harijadi kereta,hari kereta nak dibawa jumpa klinik untuk pemeriksaan kesihatan,hari kereta tiba2 jatuh sakit,hari anak nak daftar masuk sekolah baru,hari2 perayaan seperti Hari Raya Korban,Hari Raya Puasa dan macam2 lagi

Kaedah ni namanya kaedah envelope...tak payah simpan dalam bank...simpan duit cash dalam envelope je, bukan aku yang cipta la,cuma pernah baca dari satu buku yang aku beli dulu,lupa dah nama penulisnya,semoga dia beroleh banyak kebaikan

Apa yang perlu ada ialah envelope, pen,peti besi kecik & disiplin...envelope takyah beli pun takpe,banyak envelope yang masuk peti surat kita tu boleh recycle je,potong elok2 guna letter opener, peti besi beli yang murah2 je asal ada kunci

Ok camana nak saving guna envelope?

Tentukan dulu apa tujuan saving & tulis kat envelope,contohnya :

Envelope 1 : 

Servis + insuran + roadtax kereta 
Bajet : RM1500 setahun
Rm1500 ÷ 12 bulan = RM125 sebulan

Jadi,setiap kali gaji...masukkan RM125 ke dalam envelope & tulis catatan ringkas untuk rujukan

Kalau disiplin & maintain selama 10 bulan,kan dah ada RM1250 dalam tu,nak guna nanti ambil je,tak perlu nak ambil dari duit gaji...ringan sikit rasanya kalau kita dah ready awal2

Contohnya saya sendiri yang baru2 lepas raya ni dah pokai dah,tak sedar pula tu yang kereta dah cukup masa untuk servis & nyawa insuran + road tax pun tinggal sekitar seminggu saja lagi...servis pun kena major service lagi tu,sudah tentu bajet kena lebih dari servis biasa

Jadi,tadi buka peti besi...check envelope untuk servis kereta + roadtax dalamnya ada RM1000...cukup la tu untuk servis kereta nanti,tak perlu nak tunggu gaji & kalau dah gaji pun,tak perlu kacau dah sebab bajet dah ada hasil dari simpanan sikit2...kalau ada lebih nanti,jangan enjoy pulak,simpan balik dalam envelope untuk guna di lain masa

** untuk tip tambahan,gunakan kredit kad untuk bayar kos servis kereta nanti,dapat kumpul poin(jika ada) untuk tebus hadiah (saya guna kredit kad Bank Islam), kredit kad ini saya dah tebus 2 jam tangan bernilai rm350,1 keyboard Casio bernilai rm250,powerbank 10000mAh,steamer bernilai rm300 & laptop permainan bernilai rm30...semua dapat free je melalui
 https://trurewards.bankislam.com.my/Portal/redeem1/

Lepas guna kredit kad tu nanti jangan buat2 lupa pula bayar guna duit dari envelope tu tadi 

Ok,contoh lagi :

Envelope 2 :

Korban Hari Raya Haji
Bajet : RM300 untuk 1 bahagian melalui EZ Qurban Sdn Bhd

RM300 ÷ 12 = RM25 sebulan

RM25 je sebulan bos,tutup mata masukkan dalam envelope je...semua orang mampu tu,apalagi...gaji nanti boleh amalkan,untuk sesiapa yang belum pernah buat korban,boleh la kumpul bajet guna kaedah envelope ni

Selamat mencuba

Thursday, June 13, 2019

Kasi clear semua!


Kepada sesiapa yang mempunyai kawan2, saudara mara di Pulau Pinang, boleh war-warkan berita gembira ni kepada mereka semua

Esok, 15 Jun 2019 dari jam 9am-9pm akan ada *FACTORY CLEARANCE SALE* di PUBLIC GOLD FACTORY BAYAN LEPAS, PENANG

 HIGH TRADE IN PRICE akan diberikan kepada semua yang hadir berurusan esok, Tukar emas lama kepada EMAS BARU!

MURAH! MURAH! MURAH! 

Saturday, June 8, 2019

Dari 999 ke 916


Hari ini 1g RM192

Dulu,emas boleh dikeluarkan dalam bentuk goldbar 999 atau dinar sahaja

Untuk yang belum tahu,emas 999 dalam simpanan akaun GAP juga boleh ditukar ke bentuk emas perhiasan 916

Caranya,tukarkan baki berat emas 999 dalam akaun GAP ke bentuk C-Wallet untuk membeli emas perhiasan di PG Mall (milik Public Gold),kos upah pun murah,kos pos percuma & diinsurankan juga percuma...apa lagi mau? 

Contohnya akaun GAP pelanggan ini mempunyai baki 26.6732g (bernilai RM5121),beliau boleh tukarkan 20g contohny ke bentuk C-Wallet yang bernilai RM3840 & boleh la shopping barang kemas di PG Mall yang bernilai RM3840...katakan harga emas perhiasan pula bernilai RM4000, selebihnya nanti boleh dibayar menggunakan kredit kad atau ebanking

Inilah yang dinamakan main kutu sendiri2 takde nak risau kalau kawan2 tak bayar atau buat2 hilang ingatan bila dah sampai giliran untuk membuat bayaran

Nak beli emas perhiasan sekali terus RM4000 bukan semua orang mampu, tapi bila dah ada sistem sebegini yang patuh syariah dalam Public Gold,semua orang dapat memiliki emas dengan cara yang mampu milik,tinggal cepat atau lambat je lagi


#ijanpublicgoldbintulu

Friday, June 7, 2019

6 bulan...6 gram


Bulan 6 dah...sesiapa yang maintain beli emas 1g setiap bulan sejak Januari 2019,dah 6g terkumpul dalam akaun GAP...bolehlah keluarkan 5g emas fizikal bila2 masa sekarang

Kalau emas fizikal 5g dah berada dalam tangan,itulah duit simpanan anda dalam bentuk emas yang bernilai sekitar RM960

Jika dibandingkan dengan RM200 tunai yang kita simpan setiap bulan selama 6 bulan,akan terkumpul sebanyak RM1200 di dalam akaun bank...itu pun jika tak dikorek kembali untuk beli barang2 yang lain

RM1200 tunai yang dikeluarkan nanti pun berpotensi untuk habis beberapa kelip mata jika tiada daya ketahanan melawan nafsu berbelanja yang bukan2,lebih2 lagi pada musim perayaan

5g emas pula boleh dipajak dengan pinjaman RM600 jika ada keperluan,selalunya akan ditebus kembali kerana risau akan tergadai...jika sudah ditebus,emas akan disimpan lagi untuk kegunaan di lain masa

Duit simpanan tunai RM1200 pun boleh digunakan dulu untuk keperluan,tetapi selalunya akan hilang begitu sahaja tanpa diganti kembali

Jadi,yang mana lebih penting?Simpanan emas atau tunai? 

Dua2 penting,dua2 adalah medium kewangan, dua2 ada kekuatannya yang tersendiri...cuma emas lebih lama bertahan dalam simpanan berbanding tunai dan akan mengekalkan nilai duit anda pada masa hadapan dari dimakan inflasi

Itu baru cerita kalau anda simpan 1g sebulan selama 6 bulan...jika anda menyimpan 2g sebulan?3g sebulan?Setahun dah berapa? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun? 

Bermulalah sekarang,zaman dah moden...cara beli emas sekarang pun dah moden...itulah kelebihan cara simpanan GAP Public Gold

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992
0198657574

Saturday, June 1, 2019

Harga & susutnilai barang


Tanpa kita sedari,setiap kali mendapat gaji atau bonus,kita telah menukarkan duit kertas yang kita ada ke pelbagai bentuk fizikal seperti beg tangan,kasut,joran,henfon,cd2 artis kegemaran,jam tangan,pakaian,aksesori kereta dan macam2 lagi

Kebanyakannya adalah barangan berjenama & tahan lasak kerana kita sebagai pembeli mengharapkan kualiti yang tinggi agar dapat menggunakannya dalam jangkamasa yang lama

Walaubagaimanapun,semua barang2 ini mempunyai susutnilai tersendiri...ada yang tinggi,ada yang rendah & ada yang boleh dijual kembali melebihi harga belian tetapi dari segi jangkahayat pula adalah pendek

Walaupun ada di antara barang yang kita beli dapat dijual dengan harga yang tinggi,kita takkan menjualkannya kerana sayang & susah untuk mendapatkannya balik dengan harga yang kita beli dulu...kalau jual pun hanya bila kita akan rasa terdesak

Begitulah juga dengan emas...sayang sekali jika kita tak membeli emas sebagai aset apabila dalam masa yang sama kita membeli barang2 yang kebanyakannya bukanlah satu keperluan,lebih2 lagi mempunyai susutnilai yang tinggi hanya untuk memenuhi kehendak dan hobi

Apabila terdesak pula,ada di antara kita yang bertindak menjual kembali barang yang baru dibeli pada harga yang jauh lebih murah dari harga asal...henfon rm1500,jual balik dengan harga rm800...kasut rm500,jual balik dengan harga rm200,jam rm1000,jual balik dengan harga rm600 padahal jika kita ada emas dalam simpanan,kita boleh pajakkan di Arrahnu & dapat 75% pinjaman dari nilai emas tersebut dengan upah simpan yang murah

Itulah di antara kelebihannya jika kita mempunyai emas fizikal dalam simpanan hasil dari tabiat menyimpan secara  konsisten setiap bulan

Di samping kita tukarkan duit ke bentuk lain atas nama keperluan,kehendak & hobi,alangkah baiknya juga dalam masa yang sama kita menabung dalam bentuk emas sedikit demi sedikit sehingga kita ada beberapa simpanan emas yang beratnya 1g,5g,10g,20g,50g,100g,1 dinar,5 dinar & 10 dinar

Aset dalam bentuk emas inilah yang berguna satu hari nanti apabila keadaan sudah memerlukan...bukan setakat untuk kecemasan,tetapi juga untuk tujuan2 yang besar seperti belanja untuk perkahwinan,perubatan,untuk pelajaran anak, menunaikan haji atau umrah & membeli aset yang lain seperti rumah

Mulakan dengan langkah yang pertama iaitu dengan membuka akaun GAP bersama Public Gold dengan belian 1g emas 999 yang diiktiraf oleh LBMA serta dikecualikan dari GST

Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut

Whatsapp http://wasap.my/60198657574

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer