Sunday, July 21, 2019

Pen,kertas & bajet


Dekat2 gaji,rajin2 la ambik kertas & pen...tulis :

1. Berapa gaji masuk : A
2. Berapa nak kena simpan : B 
3. Berapa hutang kawan kalau ada : C
4. Berapa untuk keperluan : D
5. Berapa nak enjoy : E

Pastikan A lebih besar dari B+C+D+E,ejaslah mana2 yang patut biar seimbang

Bila dah tulis bajet awal2, senanglah bila dah masuk gaji nanti,ikut je apa yang dah dirancang,insyaAllah semua akan cukup 

Bukannya...

1. Senyum tengok baki dalam bank bila gaji dah masuk
2. Enjoy beli itu ini
3. Hutang kawan,nantilah dulu
4. Simpan tak payahlah,tunggu ada lebih nanti...banyak sangat komitmen ni
5. Baru nak cari pen & kertas bila tengok bajet untuk keperluan macam tak cukup je


*****

Nak tulis bajet memang senang,nak ikut bajet tu yang payah...kadang2 kita lebih utamakan enjoy sehingga berlebihan sehingga benda yang lebih penting seperti untuk keperluan & simpanan diketepikan

Salah satu tip yang saya yakin dapat membantu dalam disiplin kewangan & simpanan ialah dengan menggunakan medium emas sebagai simpanan jika simpanan dalam bentuk duit dalam bank sebelum ini selalu tak berjaya

Kerana bila dah biasa simpan emas sehingga menjadi tabiat,dengan sendirinya penyakit boros & kebocoran simpanan dalam bank akan pulih...perbelanjaan kewangan pun ikut sama berdisiplin sedikit demi sedikit....dengan ertikata lain...emas juga adalah ubat kepada masalah kewangan...ada yang pulih dalam masa yang singkat...& ada juga yang pulih dalam masa beberapa tahun 

Yang penting kena cuba lah...itu saya boleh kongsikan bagaimana caranya yang betul


Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992
019 865 7574 



Sunday, July 14, 2019

200,000!!

Customer Public Gold telah lebih dari 200,000 orang...kalaulah syarikat ini skim cepat kaya & mengeluarkan emas palsu...dah lama dah syarikat ni bungkus dengan saya2 sekali

Realitinya Public Gold sebenarnya adalah musuh kepada skim2 cepat kaya kerana hanya Public Gold sahaja yang begitu komited memberikan ilmu2 emas yang betul secara PERCUMA melalui ratusan seminar yang diadakan di seluruh Malaysia setiap bulan

Dengan ilmu yang betul,walaupun ada yang belum memulakan simpanan emas, sekurang2nya mereka tidak terlibat dengan skim2 skim cepat kaya yang bertopengkan emas yang begitu banyak sebelum ini

Rasanya tiada lagi kedengaran skim2 ini beroperasi sekarang...kenalan2 yang giat 'mencari orang' untuk join skim2 sebegini pun dah lama senyap...

Jom simpan emas untuk masa depan...Public Gold antara yang terbaik malah adalah yang paling mudah untuk berurusan kerana banyak penambahbaikan telah dilakukan sejak ianya beroperasi lebih dari 10 tahun

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
Customer Public Gold yang ke 87992

Saturday, July 6, 2019

Prinsip Syariah dalam GAP






PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer 
PG87992

Tuesday, July 2, 2019

Bila 999 menjadi 950



Alat untuk mengukur ketulenan emas sangatlah sensitif & kadang2 ikut mood seperti manusia...emas 10g classic Public Gold yang pernah digadai tahun lepas disahkan tulen 999/24K tapi semalam alat tu agak moody sedikit, mungkin sebab dah dekat pukul 6 pun masih disuruh bekerja & keputusannya, emas yang sama disahkan sebagai emas 950/22.8K

Tak kisah la tu,janji emas diterima untuk gadaian...ada sesetengah emas,tengok jenama saja pun terus kena tolak walaupun tulen

Tapi walaupun bacaan menunjukkan emas 950,nilai marhun emas 10g ini lebih tinggi dari nilai emas 999 dalam jadual harga Public Gold...dapatlah pinjaman RM1420 dengan upah simpan RM17 sebulan

Bukan apa,ada lucky draw untuk siapa2 yang gadaikan emas mereka di Arrahnu Bank Rakyat sekarang sehingga Oktober dengan hadiah yang sangat2 lumayan

Duit pinjaman bolehlah digunakan untuk modal bisnes di mana berpotensi untuk mendatangkan keuntungan....asal jangan enjoy saja dengan pinjaman yang ada,nanti duit akan habis begitu sahaja....gadai emas pun perlu ada ilmu yang betul ya


#ijanpublicgoldbintulu