Sunday, July 26, 2020

3 cara belian emas di Public Gold

Jika anda berminat mengumpul emas, ada 3 cara belian yang anda patut tahu di Public Gold

Pilih cara yang sesuai dengan jiwa dan kedalaman poket anda

CARA PERTAMA: Namanya outright purchase. Dalam bahasa Inggeris; cash and carry, kalau bahasa orang kita; bayar dan bawa balik simpan sendiri.

Lihat & pilih item yang anda nak beli, kira siap siap harga bersih (harga emas + gold premium).

Lepas tu order kat dealer Public Gold atau online kat website Public Gold (kalau website PG minta introducer, boleh letak PG00087992 (ZULEKHZAN BIN FAUZI SAADI) , anda akan jadi customer saya)

Kemudian anda boleh setkan untuk ambil emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold.

Jika anda mahu emas ini diposkan kepada anda, Public Gold menyediakan perkhidmatan pos dan berinsurans sehingga RM5k @ maksima 20gram. Ia dipanggil Gold In Transit (GIT). Kos pos ini anda yang tanggung.

CARA KEDUA: Namanya Syariah EPP. EPP bermaksud Easy Payment Purchase.

Kaedah ini membolehkan anda membayar kos belian harga emas secara ansuran selama 4 bulan atau 10 bulan.

Untuk belian 4 bulan, minima belian adalah RM1000 ke atas dan untuk 10 bulan, nilai belian adalah RM5k ke atas,tetapi semasa promo tertentu, bawah RM5k pun boleh 10 kali ansuran

Selepas selesai pembayaran, anda boleh ambil emas di cawangan Public Gold atau boleh diposkan secara GIT (untuk 20gram kebawah).

CARA KETIGA: GAP (Gold Accumulation Program) atau dipanggil Program Pengumpulan Emas.

GAP adalah akaun simpanan yang menyimpan emas dalam bentuk emas 999.9 di dalam akaun.

Anda boleh membeli emas dengan nilai serendah RM100 atau 1 gram. Tiada had maksima belian.

Public Gold akan menyimpan emas ini bagi pihak anda secara percuma. Ia disahkan patuh syariah.

Untuk akaun GAP, anda tidak memegang emas fizikal namun anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.

Akaun GAP fleksible kerana urusan jual beli boleh dibuat secara online atau menggunakan apps sahaja.

Kanak-kanak dibawah 18 tahun juga boleh membuka akaun GAP dengan seorang pentadbir akaun (ibu/bapa/penjaga).

Secara umumnya, itulah 3 kaedah untuk anda membeli emas dari Public Gold.

Untuk info lanjut, boleh whatsapp saya di 0108308753

#ijanpublicgoldbintulu


Thursday, July 23, 2020

Yeyy...EPP10 dah setel...

Epp10 10g BungaMas nok ku lock 11/11/2019 dolok, 1g masa ya RM206, baruk ari tok abis bayar

November 2019 10g = rm2067
Julai 2020 10g = rm2791

Mun jual balit ngan Public Gold, untung dalam rm400 lebih...

Mun jual ngan sapa2 customer, agiklah untung sebab boleh jual rm2791, untung lebih RM700 😁

Jadi, naik jual ka mun ada untung kedak ya? 

Sik perlu mun sikda keperluan untuk jual, simpan jak dolok utk keperluan lain

Mun jual, kejap jak abis duit ya kelak, gik pun mun nak beli balit 10g dengan harga RM206 per gram ya nang rasanya sik dapat agik...sebab kinek 1g dah RM281

Sayang oi nak jual...

#ijanpublicgoldbintulu

Sunday, July 19, 2020

Emas 2019 vs 2020


Org nok komplen emas makin mahal tahun 2019 dolok tapi masih juak beli dah senyum2 nanggar harga tahun 2020

Nak senyum2 tahun 2021/2022/2023 & seterusnya... Beli ajaklah tahun 2020 tok walaupun mahal

Tahun 2023 kelak mesti kita akan madah, cis...tahun 2020 dolok murah ada jak emas....

#ijanpublicgoldbintulu

Thursday, July 16, 2020

Sekeping 5 dinar atau 5 keping 1 dinar?



Ada customer nak beli 5 dinar bulan lepas, tapi takde masa nak ambil sendiri di cawangan sebab jauh

Nak oder terus sekeping 5 dinar (RM5678) , Public Gold hanya boleh pos goldbar/dinar maksimum RM5000 sebab nilai tu je yang insuran boleh cover, lebih dari itu kena ambil sendiri di cawangan

Jadi aku cadangkan ambil 1 dinar sebanyak 5 keping (RM1136 x 5 keping) bolehlah Public Gold hantar secara berperingkat, penghantaran pertama sebanyak 3 dinar & kedua sebanyak 2 dinar 

Dah sampai dah 2 hari lepas, setel

#ijanpublicgoldbintulu

Thursday, July 9, 2020

1 dinar EPP10 & pos





10 bulan lepas, 1 dinar tok dibeli dengan harga RM889... bayaran dengan cara EPP10 (10x ansuran Easy Payment Purchase Patuh Syariah)

Bulan lepas abis bayar, request untuk pos ajak ke rumah & tengahari tek sampei dengan selamat ke tangan customer

Yalah kelebihan bila beli secara EPP...boleh lock jak harga RM889 ya tek & bayar secara ansuran...nak beli full payment masa ya nang agak mahal.. Tapi bila secara ansuran, nya akan jadi cara yang mampu milik untuk kebanyakan orang

10 bulan dah berlalu & harga 1 dinar ari tok dah nait sampei RM1146

Baruklah rasa yang RM889 dolok ya murah padahal masa ya rasa mahal

Sama juak ari tok, mun nak meli 1 dinar ari tok nang akan rasa mahal...cuba beli & simpan...tanggar agik kelak harganya 2 tahun akan datang...boleh endakkah nya balit ke harga RM889?

Simpanlah emas bermula kinek tok...tutup mata, beli jak... Ujung2 ya juaklah akan jadi aset kitak orang kelak untuk diguna dudi hari

#ijanpublicgoldbintulu

Wednesday, July 8, 2020

Stok dah sampei!


Stok goldbar & dinar emas sampei gik di Public Gold Miri...baruk jak minggu lepas stok sampei lekak lamak lalu  sik sampei2 sebab PKP...dalam masa terdekat ada gik kelak akan sampei...ya tanda bisnes nak normal balit...

Kinek tok rami orang meli emas sebab nak jadikan salah satu cara saving nok lebih tahan lamak & dapat melawan inflasi

Banyak agik kelebihan bila kita ada emas sebagai simpanan selain dalam bentuk duit

Rami kawan2 & customer2 ku dapat merasa pengalaman betapa untungnya dah nyimpan awal2 dolok bertahun2 sebelum PKP, apa kata sidak ya? 

- Nasib bait ada emas nok ku beli sikit2 dolok...dapat juak di pakei time sikda kerja tok...ku rasa untuk 5 bulan masih dapat survive tok sementara carik kerja lain

- Betul kata kau dolok, walaupun belum ada rasa nak meli rumah, beli jak emas dolok...ari ya cun lalu harga emas nait tinggi, ku jual 80% dari simpanan emas ku pakei ku beli rumah, orang lain bingong2 Covid19, aku meli rumah...

- Eh, ada ku gadei emas ku kat Arrahnu ari ya, cam ya padu proses nya oh, senang ajak... Mun sikda emas tek terpaksa tebal muka minjam duit kawan, nak molah personal loan... Nei ada personal loan RM1500 on the spot dapat duit

- Ku jual ku 5g ku ari ya, dapat dalam RM1300...ku beli dolok RM875...pakei ku meli henfon baru, henfon lamak dah kondem...bertahun2 dah makei...kira ku meli harga henfon RM1300 ya tek dengan harga RM875 jak haha...malasku nak utang2...jual jak sigek 5g ya nak merasa juak untung harga emas nait.. Sikpa, ada gik goldbar lain ku simpan

- uii biar benar emas nok ku beli dolok2 ya dah harga macam tok, simpan duit dalam bank belum tentu banyak macam tok eh, aku kira ari ya untung lebih 50% eh...maok beli banyak agik mun kedak tok

Bah...simpanlah emas...bila patut mula simpan? Kinek toklah, lebih2 agik time bajet memang ada...harga murah dah jauh berlalu, harga paling tinggi belum sampei gik walaupun harga hari tok boleh dikatakan harga paling tinggi setakat tok (1g = RM267)...jadi beli ajaklah harga pada hari tok...sebab harga hari toklah akan jadi harga murah 2 atau 3 tahun akan datang

Kontekku macam nei nak mula saving emas, senang ajak ya

#ijanpublicgoldbintulu