Wednesday, January 26, 2022

HAAAA!!! TENGOKKKK!!!


Haaa, tengok bawah kanan tu...baca...baca...yang lain jangan baca! 

Pesawah gadai emas untuk tanam semula padi

Apa maksud tu?

Maksudnya pesawah pun ada simpanan emas...boleh dijadikan modal untuk mulakan semula apa yang dah rugi

Banyak cerita boleh ditafsir melalui gambar tersebut

Mungkin dulu pendapatannya tak terganggu, siap boleh bagi anak2 makan, belanja sekolah, simpan sikit & beli emas perhiasan untuk isteri...ada banyak kot, takde siapa pun tahu selain pesawah tu sendiri, tapi banyak atau sikit, emas simpanan memang ada manfaatnya 

Dan mungkin sekarang sawah dah rosak, mungkin kena banjir ke itu aku tak pasti...bila dah kena tanam baru maksudnya yang lama dah rosak dah tu, tak mendatangkan pendapatan 

Nasib baik ada emas 

Emas adalah aset

Gadai emas bukan perbuatan hina

Gadai emas hanya untuk menukarkan bentuknya sementara dulu ke bentuk duit untuk dijadikan medium untuk meneruskan urusniaga

Tak perlu nak meminjam dari orang lain, sendiri dah ada emas perhiasan yang tanpa disedari adalah salah satu dari pelbagai jenis aset 

Bila dah mendatangkan pendapatan nanti, emas akan ditebus balik untuk digunakan pada hari lain

Worst case scenario jika tanaman tak menjadi lagi...emas kena lelong & boleh membantu untuk membayar pinjamannya dulu...jadi takde isu bank nak call menagih hutang setiap bulan...tambah lagi satu masalah

Jom menabung emas & diet....eh?

Zulekhzan FS
Kalis Inflasi