Gadai emas kena ada ilmu & disiplin
Bermula dengan tujuan kita nak gadai tu atas sebab apa,adakah sebab keperluan atau kehendak?
Nak gadai di mana?Kedai emas ke Arrahnu?Apa bezanya?Kan sama saja,yang penting dapat duit...betul ke sama saja?
Apa rancangan kita untuk dapatkan balik emas yang kita gadaikan tu?
Ada 2 keadaan di mana kita boleh gadaikan emas kita iaitu yang pertama :
Bila ada keperluan yang mendesak sedangkan duit kita dalam bentuk tunai pun telah habis untuk digunakan untuk keperluan lain yang juga penting
Contoh :
Henfon hilang kena curi atau rosak, sedangkan henfon untuk sesetengah orang ialah keperluan yang mesti ada
Gaji pula lama lagi nak tunggu,nak pinjam duit orang,segan pula rasa di hati
Bawa saja emas 5g yang ada dalam simpanan ke Arrahnu berdekatan,dapat pinjaman sekitar RM600,boleh lah digunakan untuk membeli henfon baru
Terima gaji nanti,tebus balik emas dengan membayar balik RM600 beserta dengan upah simpan RM6
Kalau nak gadai di kedai emas pun boleh juga,tapi kena ikut sistem gadaian merekalah...ada kedai emas yang kenakan bunga/interest sebanyak RM50 untuk emas 5g sama seperti cash advance yang dibuat dengan menggunakan kad kredit
Jika kita ada ilmu,kita akan gadaikan di Arrahnu berbanding tempat lain kerana upah simpan yang jauh lebih rendah
***************
Sebab yang kedua pula ialah kita boleh gadaikan emas sebagai modal berniaga yang kita dah rancangkan dengan baik supaya dapat keuntungan yang jauh lebih besar dari nilai emas yang digadai itu sendiri atau sekurang2nya lebih lagi dari jumlah upah simpan emas tersebut
Contoh :
Bisnes top up, modal RM600
Gadai emas 5g,dapat cash RM600 di tangan, gunakan sebagai modal permulaan
Keuntungan : 5% atau RM30 untuk sekali pusingan modal
Potensi Keuntungan : 8 kali pusingan modal sebulan, RM30 x 8 = RM240 keuntungan sebulan
Tempoh gadaian : 6 bulan
Upah simpan : RM6 x 6 bulan = RM36
Potensi keuntungan dalam masa 6 bulan :
RM1440
Pelan bayaran balik untuk tebus emas (yang ini perlukan disiplin, ramai yang tumbang bab bayar balik ni)
Setiap bulan hanya perlu asingkan atau masukkan RM106 ke dalam sampul surat selama 6 bulan yang akhirnya nanti berjumlah RM636
Bila dah cukup 6 bulan,bawa saja RM636 ini tadi ke Arrahnu untuk tebus balik emas 5g yang kita gadaikan tu
Kesimpulannya, dengan 5g boleh dapat pinjaman RM600 untuk apa2 bisnes yang memberi keuntungan RM1440 dalam tempoh 6 bulan
Emas dapat balik,keuntungan pun dapat... Upah simpan hanya RM36
Begitulah caranya menggunakan emas simpanan kita sebagai modal untuk berniaga
Tukarkanlah sebahagian dari duit kita ke simpanan dalam bentuk emas supaya dapat digunakan apabila tiba masanya nanti
Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992
0198657574