Tuesday, May 28, 2019

Bermula dengan betul



Bagi sesiapa yang dah belajar ilmu asas tentang emas,boleh terus mulakan dengan bajet sekecil 1 gram (sekitar RM200 +/-). Tak perlu tunggu betul-betul faham baru nak bermula sebab bila beli emas,kita hanya TUKAR bentuk simpanan sahaja,dari duit kertas kepada duit sebenar iaitu emas

Bila dah mula membeli,

1. Kita sudah ada BENCHMARK harga tersendiri

Kita akan lebih faham harga tinggi rendah untuk sesuatu tempoh masa dan lebih realistik tentang harga

2. Lebih CEPAT FAHAM ilmu emas

Bila membaca dan menghadiri seminar, kita lebih cepat faham ilmu tentang emas sebab kita boleh kaitkan dengan pengalaman pertama membeli emas

3. Lebih BERMOTIVASI untuk terus menyimpan emas

Bila emas dah ada ditangan, selalunya kita akan lebih bersemangat untuk terus tambahkan simpanan sama macam orang beli hartanah juga. Bila dah beli, mereka akan "datang gian" untuk beli dan beli lagi. Mereka akan sentiasa mengintai peluang untuk terus membeli

Jadi jangan tunggu perfect time untuk bermula.Kalau ada 1000 langkah untuk berjaya,langkah paling penting dan paling sukar ialah langkah pertama.Langkah seterusnya akan jadi lebih mudah, insyaAllah

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
PG00087992
Public Gold Dealer
019 865 7574 

No comments:

Post a Comment