Menyimpan emas & melabur emas tak sama...kalau beli 1g,2g,3g atau 10g sekalipun setiap bulan...itu masih dalam kategori penyimpan emas...targetnya adalah untuk tingkatkan simpanan & belum tentu nak jual balik selagi tiada keperluan
Kalau nak melabur emas pula,sekurang2nya dah ada simpanan sendiri untuk kecemasan & belian emas untuk pelaburan pula sekurang2nya kena beli 100g terus dengan target nak untung bila nak jual balik
Macam ASB,kalau simpan RM100 sahaja sebulan,setahun baru berjumlah RM1200...kalau dividen 7%,baru dapat untung RM84...itu belum sampai tahap melabur melainkan kita terus simpan RM20,000...setahun barulah dapat dividen RM1400
Bayangkan nak melabur dalam ASB, tapi simpan RM100 sahaja dengan tiada penambahan apa2 pun selama setahun...tapi nak untung besar,pelik la kan?
Serupa la macam beli 1g emas sahaja sepanjang tahun tanpa tambah apa2, tapi nak untung berlipat kali ganda...takkan jadi...apa yang dia dapat, hanyalah gelaran penyimpan emas 1g...takleh le kata diri tu pelabur emas
Menyimpan @ melabur, biar dengan ilmu yang betul
#ijanpublicgoldbintulu
No comments:
Post a Comment