Mula2 nak jadi Dealer Public Gold dulu terfikir juga ada ka orang nak beli emas ni,bukannya harga semakin murah...semakin mahal lagi ada...beli buku resit rasmi Public Gold pun satu je takut2 kalau sikit saja orang beli...tengok2 tak cukup pula nak tulis resit & oder lagi banyak
Dari semalam baru ada masa nak cerita gila2 tentang promo dinar untuk bulan Disember sehinggalah promo berakhir sebentar saja tadi, sebanyak 17 dinar dah ditempah dengan total harga lebih RM15k...itu baru dari saya sorang...seluruh Malaysia entah berapa dah total yang dibeli oleh pelanggan2 baru & lama...kadang2 bukan senang pun nak yakinkan pelanggan2 tentang kelebihan emas/dinar & kukuhnya syarikat Public Gold di Malaysia terutamanya yang baru kenal saya hanya melalui online sahaja
Tugas saya sebagai dealer hanyalah menjadi perantaraan saja ya,stok2 emas saya takde simpan pun untuk jualan,yang ada pun hanya untuk simpanan & kegunaan sendiri sahaja...jangan pula ingat rumah saya ni bertaburan emas sana sini,bawah katil ke,dalam stor ke,simpan dalam tupperware ke..takde...saya hanya tunjukkan jalan bagaimana berurusan dengan betul secara online dengan Public Gold,kalau ada apa2 perkara yang perlu penjelasan yang lebih terperinci atau kalau ada apa2 masalah yang dihadapi...saya akan cuba bantu sehingga selesai & emas/dinar pula hanya dapat diambil di cawangan2 Public Gold yang berdekatan, ada juga yang boleh dihantar melalui pos
Jutaan terima kasih kepada semua yang telah berurusan & memberi kepercayaan kepada saya pada tahun ini serta tahun2 sebelumnya....Semoga keadaan ekonomi & kewangan anda semua akan bertambah kukuh dengan adanya simpanan dalam bentuk emas tak kira sama ada dalam bentuk goldbar, dinar maupun perhiasan
#ijanpublicgoldbintulu
No comments:
Post a Comment