Wednesday, January 29, 2020

1g Hari Raya 2020


Fakta nombor

10,000 keping sahaja dikeluarkan
1 keping = 1g emas
10,000 keping = 10,000g emas
10,000g = 10 kilogram
10kg emas = RM2,143,520

Nantikan rekabentuk seterusnya,dengar khabar tahun ini nanti ada 3 rekabentuk emas 1g Hari Raya yang berbeza...sedia saja bajet awal siap2 😁


#ijanpublicgoldbintulu 

019 865 7574 

Wednesday, January 15, 2020

Bronze Producer




Semalam Public Gold Miri kontek nak mintak gambar untuk diletakkan dalam FB Public Gold Miri, katanya nak bagi reward & recognition kategori Bronze Producer untuk bulan Disember 2019 yang bermaksud total sales yang dibuat pada bulan itu melebihi dari RM25k

Ada 4 kategori sebenarnya iaitu Platinum( >RM100k), Gold (>RM75k), Silver (>RM50k) & Bronze (>RM25k)

Dealer2 Public Gold kebanyakannya smart2 berbaju kot & bertali leher...saya rasa hanya saya saja yang sangat rock bila datang seminar & kursus Public Gold dengan berseluar jeans & berT-shirt biasa2...paling smart pun saya hanya berbaju kemeja berlengan pendek...belum lagi bersedia nak mengenakan baju kot...tunggulah bila ada hidayah nanti haha...

Pada bulan lepas total sales dari saya sekitar lebih RM30k atau lebih dari 130g emas, kebanyakannya dari promo2 dinar2 emas & 10g BungaMas...tak termasuk emas2 perhiasan yang saya tak check pun berapa banyak total yang saya jual setiap bulan...yang lebih penting bagi saya pada masa ini ialah nak pastikan semua customer2 saya dapat apa yang mereka beli disamping dapat ilmu2 yang betul berkenaan dengan simpanan/pelaburan emas

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=606731443483593&id=100024402277083

#ijanpublicgoldbintulu



Tuesday, January 7, 2020

Kesan krisis US-Iran kepada harga emas



https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/world/2020/jan/07/trump-iran-suleimani-threats-retaliation


Wow....Emas tiba2 naik tinggi pagi ini sehingga RM224 per gram...nasib baik GAP update setiap tengah malam & masih kekal RM219,itulah salah satu kelebihan jika ada membuat tabungan emas secara GAP, boleh la tambah lagi jika nak

Bermulalah dengan menyimpan emas tahun ni...Malaysia sudah ada platform yang kukuh sekarang seperti Public Gold , ilmu emas yang betul pun dah boleh didapati dengan mudah...cara beli pun semakin senang, tak perlu pun pecut kereta ke kedai untuk beli emas banyak2 bila harga turun

Simpanlah duit anda di sana sini,jangan hanya dalam satu tempat saja...kalau ASB & Tabung Haji belum berupaya memberi keuntungan yang banyak,sekurang2nya anda ada simpanan emas sekarang yang harganya tengah melambung tinggi

Dah, jangan fikir panjang...mula saja simpan emas,saya boleh tunjukkan jalan yang benar

#ijanpublicgoldbintulu

Beli emas akan rugi?


Konsep beli emas ni tak sama dengan konsep kita beli barang2 lain

Beli emas bukanlah bermakna bila beli, duit kita akan habis, sebaliknya beli emas adalah menukarkan sebahagian duit yang kita ada ke bentuk emas...dengan ertikata lain,nilai pada duit kita sekarang kita pindahkannya ke bentuk emas

Kenapa? Sebab emas adalah penyimpan nilai yang baik & telah terbukti sejak zaman berzaman

Kalau beli barang2 lain,duit kita habis tapi dengan membeli emas ni bermakna kita mengekalkan kuasa beli duit kita dan tidak akan dimakan inflasi

Tahun 2016 dulu saya beli 10g dengan harga sekitar RM1750...masa beli tu memang akan rasa mahal...tapi sekarang dah rasa murah sebab dah naik sekitar RM2180...sama juga yang beli hari ini, tetap akan rasa mahal...percayalah 3 atau 4 tahun lagi,10g RM2180 hari ini akan nampak murah bila masa dah berlalu jauh

Untuk yang baru bermula nak buat simpanan emas boleh la mulakan dalam GAP Public Gold

Bagaimana nak bermula, whatsapp je bila2 masa...

019 865 7574

#ijanpublicgoldbintulu


Sunday, January 5, 2020

Tukul,kapak & pahat


Emas hanyalah salah satu alat dalam kewangan untuk mencapai target tertentu,sudah pasti ada kelebihan & ada kekurangan...Mana mungkin untuk dapat keuntungan pada esok hari jika baru membeli pada hari ini

Dan saya juga tak kata emas yang paling bagus & yang lain2 seperti ASB, simpanan di bank, Tabung Haji,Mutual Fund,SSP,Takaful serta simpan duit dicelah2 buku, bawah bantal tak bagus

Saya sendiri pun ada potongan bulanan gaji secara automatik ke ASB, Tabung Haji, Mutual Fund & Takaful... Kompeni pun setiap suku tahun ada bagi hadiah dalam bentuk SSP kepada semua pekerja jika loji beroperasi dalam keadaan baik, celah2 helaian mukasurat buku pun ada simpan duit sampai lupa setelah disimpan dalam rak buku dalam tempoh yang lama

Potongan secara manual pun ada ke akaun bank biasa ikut suka bila2 ada keuntungan dari bisnes sampingan atau apa2 bonus

Semua alat kewangan ini adalah ibarat seperti peralatan2 dalam pertukangan kayu

Gergaji tak boleh mendabik dada kata dia paling bagus kerana tanpa pengukur, bagaimana untuk mendapat ukuran yang tepat?

Tukul pun tak boleh kata dia paling hebat kerana belakang kapak pun boleh berfungsi sebagai tukul

Pahat pun tak boleh kata dia rajin kerana tanpa tukul, bagaimana untuk pahat melakukan kerja dengan baik?

Semua peralatan ini saling bekerjasama untuk menghasilkan satu hasil kerja kayu yang cantik maka begitulah juga alat2 kewangan seperti emas,ASB,Tabung Haji,Mutual Fund, Takaful & lain2 yang perlu ada untuk menjamin kewangan yang stabil pada masa depan

Yang paling penting sebenarnya dalam semua ini adalah ilmu yang betul...Gergaji buatan terbaik pun takkan dapat menghasilkan kerja yang memuaskan jika tiada ilmu untuk menggunakannya dengan betul

Begitu jugalah dengan emas...membeli dengan semberono tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan

Oleh itu, apa2 pun cara anda menyimpan duit atau membuat pelaburan, pastikan anda ada ilmu yang betul... Yang penting simpanan sepatutnya meningkat naik tahun demi tahun, jika sama sahaja atau semakin berkurangan,itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena...maka, dapatkanlah ilmu dari sumber2 yang boleh dipercayai melalui seminar, bacaan, video & pelbagai lagi media untuk mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
PG00087992

0198657574

#publicgoldbintulu

Friday, January 3, 2020

Beza harga emas tahun 2019 & 2020



4/1/2019

1 kilo = RM181894
100 gram = RM18249
10gram = RM1846
1dinar = RM785

Hari ini, 4/1/2020

1 kilo = RM214031
100 gram = RM21473
10 gram = RM2172
1 dinar = RM923

Kenaikan 15% dalam masa setahun

Untuk kategori pelabur emas,jika beli 1kg tahun lepas dan jual hari ini (4/1/2020) dia akan dapat keuntungan dalam RM23,536. 

Kalau tak mampu nak beli 1kg, beli lah 250g atau 100g(minimum untuk pelaburan)

Untuk kategori penyimpan pula,jika jumlah simpanan pada 4/1/2019 dulu adalah 100g yang bernilai RM18,249...pada hari ini dengan berat yang sama,nilai pun sudah meningkat ke RM21,473

Tak mampu nak jadikan emas sebagai pelaburan,jadikanlah emas sebagai simpanan...nak mula melabur pun perlu menyimpan...kalau menyimpan pun tak dapat,payahlah nak mula untuk melabur

Bukan semua duit yang kita dapat untuk dihabiskan tapi sebahagian perlulah disimpan untuk masa depan

Nak dapatkan emas mudah & mampu milik? Belilah dari Public Gold


Zulekhzan Bin Fauzi Saadi PG00087992 
Public Gold Dealer 

#ijanpublicgoldbintulu