Emas hanyalah salah satu alat dalam kewangan untuk mencapai target tertentu,sudah pasti ada kelebihan & ada kekurangan...Mana mungkin untuk dapat keuntungan pada esok hari jika baru membeli pada hari ini
Dan saya juga tak kata emas yang paling bagus & yang lain2 seperti ASB, simpanan di bank, Tabung Haji,Mutual Fund,SSP,Takaful serta simpan duit dicelah2 buku, bawah bantal tak bagus
Saya sendiri pun ada potongan bulanan gaji secara automatik ke ASB, Tabung Haji, Mutual Fund & Takaful... Kompeni pun setiap suku tahun ada bagi hadiah dalam bentuk SSP kepada semua pekerja jika loji beroperasi dalam keadaan baik, celah2 helaian mukasurat buku pun ada simpan duit sampai lupa setelah disimpan dalam rak buku dalam tempoh yang lama
Potongan secara manual pun ada ke akaun bank biasa ikut suka bila2 ada keuntungan dari bisnes sampingan atau apa2 bonus
Semua alat kewangan ini adalah ibarat seperti peralatan2 dalam pertukangan kayu
Gergaji tak boleh mendabik dada kata dia paling bagus kerana tanpa pengukur, bagaimana untuk mendapat ukuran yang tepat?
Tukul pun tak boleh kata dia paling hebat kerana belakang kapak pun boleh berfungsi sebagai tukul
Pahat pun tak boleh kata dia rajin kerana tanpa tukul, bagaimana untuk pahat melakukan kerja dengan baik?
Semua peralatan ini saling bekerjasama untuk menghasilkan satu hasil kerja kayu yang cantik maka begitulah juga alat2 kewangan seperti emas,ASB,Tabung Haji,Mutual Fund, Takaful & lain2 yang perlu ada untuk menjamin kewangan yang stabil pada masa depan
Yang paling penting sebenarnya dalam semua ini adalah ilmu yang betul...Gergaji buatan terbaik pun takkan dapat menghasilkan kerja yang memuaskan jika tiada ilmu untuk menggunakannya dengan betul
Begitu jugalah dengan emas...membeli dengan semberono tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan
Oleh itu, apa2 pun cara anda menyimpan duit atau membuat pelaburan, pastikan anda ada ilmu yang betul... Yang penting simpanan sepatutnya meningkat naik tahun demi tahun, jika sama sahaja atau semakin berkurangan,itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena...maka, dapatkanlah ilmu dari sumber2 yang boleh dipercayai melalui seminar, bacaan, video & pelbagai lagi media untuk mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik
Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
PG00087992
0198657574
#publicgoldbintulu
No comments:
Post a Comment