Bagus juga kalau ada memori dalam fb ni, senang nak track balik mana2 pos yang lalu supaya dapat buat perbandingan dengan masa sekarang
Contohnya seorang customer ni, pada 21/3/2018 (2 tahun dulu lepas) kata rugi lambat sehari beli emas sebab kena tambah lagi RM20... Tapi itulah saya dah pesan, beli emas untuk jangkasamasa lama baru nampak kesan nya, bukannya beli hari ini, esok dah untung banyak
Cuba tengok rekod harga emas pada Mac 2018
20/3/2018 : 10g = RM1810
21/3/2018 : 10g = RM1830
Dia beli pada 21/3/2018...mahal RM20...rasa rugi kan?
OK, cuba tengok harga emas pada hari ni pulak
21/3/2020 : 10g = RM2217
Emas 10g yang dia beli dulu dengan harga RM1830 sekarang nilainya dah RM2217
Berapa dah beza? RM387
Masih rasa rugi RM20 sebab lambat beli sehari pada 2 tahun lepas?
Kalau nak jual balik, Public Gold akan beli dengan harga RM2018...masih jauh lebih mahal dari harga customer ni beli dulu
Kesimpulan nya :
1. Beli emas untuk jangkamasa panjang, bukannya bulan ini beli, bulan depan dah mengharapkan keuntungan
2. Beli emas tak menghabiskan duit, beli emas bukannya diangggap belanja belian hangus.... anda masih ada duit tetapi bentuknya sahaja yang telah bertukar ke bentuk emas
3. Customer ni beli 10g 2 tahun lepas & sekarang 10g tu masih dalam simpanan sehingga sekarang, apa jadi jika simpanan ini masih dalam bentuk duit serta disimpan dalam wallet atau bank? Adakah duit itu masih ada? Selalunya akan lebih cepat habislah, kan?
Dah nampak sesuatu?
#ijanpublicgoldbintulu
#stayhome
No comments:
Post a Comment