Saturday, December 12, 2020

Kena tengok selalu 😄


Goldbar BungaMas 100 gram

Kalau beli emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu. Lagi besar saiznya,lagi kuat auranya dan lagi cepat jumlahnya bertambah dalam simpanan kita

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, pantang larangnya ialah jangan tengok bakinya selalu. Lagi kerap kita tengok, lagi cepat duit itu habis

Kalau dah bertahun-tahun simpan duit dalam akaun bank tapi asyik bocor saja, ubahlah cara. Mulakan simpanan emas sekarang. Boleh mulakan dengan bajet serendah RM100 melalui GAP (Gold Accumulation Program) bersama Public Gold

Paksa diri beli emas setiap bulan sehingga menjadi tabiat. Satu hari nanti akan dapat keluarkan sekeping goldbar BungaMas 100 gram yang cantik ini, insyaAllah

https://linktr.ee/zulekhz

#publicgoldbintulu
#JE24K

Sunday, December 6, 2020

Kenapa perlu tukar?


Hari ini emas masih main2 pada paras harga rendah RM265 segram, bolehlah beli lagi...dengan ertikata lain kita alihkan nilai RM265 yang melekat pada duit kertas yang berada di tangan kita sekarang ke bentuk emas yang beratnya 1g

Kenapa perlu tukar?

Kerana emas adalah salah satu cara untuk kita simpan duit selain dari bank2 biasa, ASB,Tabung Haji, Mutual Fund, EPF, tabung ayam dan di bawah bantal

Emas ada keistimewaannya yang tersendiri, salah satunya ialah tahan lama

Maksud tahan lama di sini ialah nilai duit akan lama bersama dengan kita jika ia berada dalam bentuk emas untuk jangkamasa yang panjang sehinggalah betul2 ada keperluan atau dah capai target simpanan, barulah kita akan menggunakannya

Tidak seperti simpanan dalam bentuk kertas di mana jika semakin banyak, kita akan mudah terhasut oleh diri sendiri untuk membelanjakannya dengan membeli barang yang sebenarnya tak perlu pun, hanya untuk memenuhi nafsu berbelanja sahaja

Ini tidak berlaku jika awal2 sudah kita tukar ke bentuk emas

Emas lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk tambah simpanan...Dan tanpa disedari emas itu jugalah duit anda

Kena tukarkan semua duit kita ke bentuk emas ke? 

Taklah kena tukar semua, hanya sebahagian saja...simpanan duit kertas pun kena ada juga untuk keperluan jangkapendek & kecemasan

Cuma adalah tidak berbaloi jika menyimpan duit kertas dalam jumlah yang terlalu besar pada jangkamasa yang lama kerana nilai duit kertas akhirnya akan menyusut dihakis inflasi 

Jom mulakan simpanan emas sekarang

https://linktr.ee/zulekhz

#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K

Saturday, December 5, 2020

Penyimpan @ Pelabur?


6/12/2019 150g = RM31,350 (RM209 per gram) 
6/12/2020 150g = RM39,750 (RM265 per gram) 

PG Buy Back pada hari ini, 1g = RM243

150g x RM243 = RM36,450

Kalau jual, customer ini akan mendapat keuntungan :

RM36,450 - RM31,350 = RM5150

Jika dia meletakkan diri sebagai seorang pelabur emas,dia akan jual 150g ini kerana dah dapat untung dalam RM5k

Jika dia hanya seorang penyimpan, belum tentu dia akan jual 150g simpanannya ini kerana tahu dia akan memerlukannya satu hari nanti

Itulah bezanya antara penyimpan & pelabur

https://linktr.ee/zulekhz

#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K

Friday, December 4, 2020

Tukar ke bentuk emas,strategi berkesan untuk elak tabung bocor


1. Aku sebenarnya dari tahun 2000 masuk kerja di ABF sampei 2016, sikda saving nok serius & mencapai target nok sepatutnya

2. Aku ada beli & baca buku pasal saving bermula tahun 2003, tapi bila diamalkan, nya sik sukses juak sebab selalu jak bocor (korek balit), ilmu kewangan nang sikda, kurang membaca, facebook belum ada masa ya untuk baca sharing dari orang lain nok lebih berpengalaman pasal saving nok betul, internet pun aku masih belum pandei masa ya

3. Ilmu saving emas pun sik pernah tauk benar2, padahal arwah mak ku dolok selalu pesan suruh beli emas masaku dah kawen (tahun 2002), tapi nya sik madah macam nei nak makei emas sebagai saving, maksudnya nya tauk kelebihan emas tapi kurang mahir nak jelaskan ngan aku,jadi aku rasa saving emas ya buang duit jak sebab ada keperluan lain nok lebih penting, emas bagi aku mahal masa ya (& sampei kinek tok pun emas sentiasa mahal di pandangan mata orang lain nok belum ada pengalaman meli emas) 

4. Simpanan aku ada tapi RM2000 jak pada satu2 masa sebab anggap worst case scenario nok akan terjadi hanya bila kereta aku rosak jak...saving 3 bulan gaji nok ku baca dari buku nang selalu sik berjayalah sebab yalah tek, bocor...paling banyak ku save sepanjang 2000-2016 pun sekitar RM8000, tapi kejap jak jadi RM2000 balit sebab kenak korek...gaji nang selalu cukup2, aku banyak juak hasil income part time jual jam dolok, tapi kebanyakkannya diguna untuk tolong orang betul & tolong orang salah (tolong berik pinjam duit kakya sik dibayar2), selebihnya di enjoy berbeli barang nok sebenarnya kadang2 sik perlu pun, ujung2 saving macam ya jak, nasib bait sik pernah juak duit tinggal kosong lalu, ya pun sebab ada bisnes part time jual jam, mun harap gaji ajak, selalu pokai juak aku tok, tapi pokai sebab sendirik salahlah, sik monitor benar2 sinei tuju duit 

5. Aku ada utang juak dolok kedak personal loan (2000-2007) dari bujang sampei anak ada 2 orang baruklah abis utang ya,duit entah sinei ajak tuju...suka berutang makei kredit kad juak sigek hal sebab yalah, hati gembira bila belanjakan duit sik tentu pasal,reward diri konon...sik sabar nak dapat benda cepat2...sebenarnya yalah antara nok molah saving aku susah juak nak bertambah

6. Aku ada juak beli emas tapi sik konsisten, ilmu nok betul pasal emas sikda, beli2 jak sikda kaji gilak, beli emas brand nok salah,beli emas nok mahal paduhal ada tempat lain nok murah gik,salah teknik beli contohnya molah loan untuk beli emas padahal ya cara nok salah & sik digalakkan

7. Pertengahan tahun 2016 aku tranfer ke Sipitang, Sabah...setahun sinun...masa yalah aku molah research agik pasal emas,sebab banyak elaun spesel itu ini bila kerja di tempat orang, overtime, untung bisnes part time, sikkan nak diabiskan agik sia2 sikda simpanan...aku konfiden nok emas tok salah satu cara nak save duit, cuma aku sik nampak kat sinei aku salah polah sampeilah aku terbaca pasal Public Gold dalam facebook, di sialah aku add entah berapa rami dealer Public Gold untuk aku baca apa sidak tulis & kebanyakannya sidak cakap benda yang sama, benda yang logik,benda yang boleh dipraktikkan, benda yang dah terbukti berkesan mun dipolah dengan ilmu nok betul

8. Jadi aku cuba polah saving emas konsisten selama 6 bulan dengan cara betul nok diajar oleh Dealer Public Gold nok aktif , cara paksa dirik, cara save dolok sebelum nak belanja,baca basic ilmu kewangan, tambah ilmu pasal emas, baca pasal aset & liabiliti, baca pasal gaji aliran positif/negatif...Alhamdulillah, bila dah konsisten 6 bulan saving emas & jadi tabiat, aku dapat nampak nok keadaan kewangan aku macam menuju ke jalan nok betul udah & aku terus apply jadi Dealer Public Gold dengan tujuan nak tolong kenalan2 terdekat untuk simpan emas mun susah gilak nak nyimpan duit, sebab aku dah merasa hidup tanpa ilmu kewangan nok betul, aku dah merasa nak save duit tapi sik jadi2 bertahun2, aku dah cuba saving emas & nang berkesan, ilmu ya lah nok aku maok share dengan sapa2 jak nok ada masalah nok sama

9. Pakar kewangan madah mun nak saving duit, target pertama saving ialah berjumlah 3 bulan gaji, mun save 10% dari gaji & konsisten selama 3 tahun, boleh capai target ya...aku cuba dengan emas, setahun setengah jak masa aku ambik untuk molah saving ku sebanyak 3 bulan gaji (padahal dah kerja 16 tahun dengan Petronas oi!) Bayangkan mun aku ada ilmu saving emas nok betul sejak tahun 2000,tok 2016 baruk start saving benar2 

10. Lepas dapat save 3 bulan gaji ya, aku up gik ke simpanan 6 bulan gaji, tercapai juak...kakya ku up gik simpanan ke 9 bulan gaji, tercapai juak...up gik ke simpanan setahun gaji, tercapai juak...nya jadi cepat bertambah sebab dah diatur balit semua kewangan sejak belajar menyimpan emas, komisen2 dari part time bisnes online kebanyakannya simpan, kontrol dirik dari beli barang hanya untuk bergaya sik tentu pasal, kurangkan hobi2 nok makan duit banyak, setelkan abis bayar rumah makei EPF, simpan sebahagian besar duit bila ada bonus,simpan 100% elaun tranfer(elaun tranfer sik silapku dolok 2 bulan gaji oo) , hapuskan utang2 jaik,guna kredit kad dengan ilmu nok betul,sikda gik nak kesian2 merik utang ngan kawan, maintain tv sikda astro,hidup debah kemampuan, makan diluar kadang2 sik oder aek sebab nak jimat ya pun polah juak kadang2 

Jadi benarlah kata orang, emas ya magnet kekayaan & untuk aku, semuanya bermula dengan 1g Public Gold gambar manok tok 😄

https://linktr.ee/zulekhz

#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K