Sunday, December 6, 2020

Kenapa perlu tukar?


Hari ini emas masih main2 pada paras harga rendah RM265 segram, bolehlah beli lagi...dengan ertikata lain kita alihkan nilai RM265 yang melekat pada duit kertas yang berada di tangan kita sekarang ke bentuk emas yang beratnya 1g

Kenapa perlu tukar?

Kerana emas adalah salah satu cara untuk kita simpan duit selain dari bank2 biasa, ASB,Tabung Haji, Mutual Fund, EPF, tabung ayam dan di bawah bantal

Emas ada keistimewaannya yang tersendiri, salah satunya ialah tahan lama

Maksud tahan lama di sini ialah nilai duit akan lama bersama dengan kita jika ia berada dalam bentuk emas untuk jangkamasa yang panjang sehinggalah betul2 ada keperluan atau dah capai target simpanan, barulah kita akan menggunakannya

Tidak seperti simpanan dalam bentuk kertas di mana jika semakin banyak, kita akan mudah terhasut oleh diri sendiri untuk membelanjakannya dengan membeli barang yang sebenarnya tak perlu pun, hanya untuk memenuhi nafsu berbelanja sahaja

Ini tidak berlaku jika awal2 sudah kita tukar ke bentuk emas

Emas lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk tambah simpanan...Dan tanpa disedari emas itu jugalah duit anda

Kena tukarkan semua duit kita ke bentuk emas ke? 

Taklah kena tukar semua, hanya sebahagian saja...simpanan duit kertas pun kena ada juga untuk keperluan jangkapendek & kecemasan

Cuma adalah tidak berbaloi jika menyimpan duit kertas dalam jumlah yang terlalu besar pada jangkamasa yang lama kerana nilai duit kertas akhirnya akan menyusut dihakis inflasi 

Jom mulakan simpanan emas sekarang

https://linktr.ee/zulekhz

#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K

No comments:

Post a Comment