Monday, April 19, 2021
Si Komeng
Saturday, January 23, 2021
Rak Bunga
Bahagian pertama
Sedikit mengenai Public Gold,syarikat ini bermula pada tahun 2008,dah masuk tahun yang ke-13 dah sekarang
100,000 pelanggan pertama berjaya didaftarkan dalam masa 6 tahun (2008-2014)
100,000 pelanggan kedua berjaya didaftarkan dalam masa 4 tahun (2014-2018)
dan
100,000 pelanggan ke tiga berjaya didaftarkan dalam masa 2 tahun (2018-2020)
Customer terbaru yang saya register semalam adalah customer yang ke-378,408 Public Gold
Dah nak menuju ke angka 400,000 pelanggan
Macamana saya tau?Saya tau la,saya part time kerja sana sekarang
Nampak tak semakin ramai yang membuka akaun Public Gold & bermula simpan emas sekarang?
Saya harap satu hari nanti setiap rakyat Malaysia memiliki akaun emasnya sendiri sama seperti mereka memiliki akaun bank
Bahagian kedua
Nampak graf customer menaik tu?
Kalau skim cepat kaya,grafnya akan jadi sebaliknya....Mula2 je customer ramai,bila kantoi...graf akan menurun sehingga ke lantai & maintain di situ saja pergerakannya
Bahagian ketiga
Esok saya rasa nak off sehari, nak bertukang kayu buat rak bunga
#kalisinflasi
#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K
Thursday, January 14, 2021
God's Money
Berapa zakat nak kena bayar ni?
Itu memang soalan yang selalu orang tanya walaupun dia belum beli pun lagi emas sebagai permulaan simpanan atau baru je beli 1g
Kenapa?
Kerana emas adalah God's Money kata orang putih...kita akan automatik ingat Tuhan kalau berkenaan dengan simpanan emas,perasaan takut akan menjelma jika kita tak patuh pada arahanNya sedangkan kalau simpanan dalam bentuk wang tunai (People's Money) dalam bank pun juga dikenakan zakat jika dah cukup syarat
Tahun ini adalah tahun kedua saya berpeluang untuk melakukan salah satu bentuk ibadah dalam Islam ini iaitu Zakat Emas & Perak.Kalau dulu dengan simpanan dalam bank selama 16 tahun bekerja,tak pernah pun bayar zakat...bukan sebab tak nak bayar,tapi macamana nak bayar kalau syarat pun tak cukup?
Baki pun kena korek selalu tapi bila dah mula simpan emas dengan konsisten,tahun ketiga dah layak dah kena zakat,itulah buktinya simpanan emas lebih payah untuk bocor & nilai semakin meningkat dalam jangkamasa panjang serta kalis inflasi
Untuk sesiapa yang dah ada niat nak simpan emas,janganlah takut kepada zakat bahkan simpanlah emas sehingga dikenakan zakat kerana ia mensucikan harta,membantu saudara mara sesama Islam & dijadikan sebagai amalan/pahala tambahan untuk anda yang mana belum tentu orang lain ada peluang untuk melakukannya
Kadar zakat hanyalah 2.5% sahaja,tak logik juga kalau emas 100g (RM26,500) boleh beli tapi 2.5% dari itu (RM663) tak mampu pula nak bayar...kedekut letteww
Untuk kiraan zakat emas & perak,boleh berkunjung ke Baitulmal berdekatan anda, boleh juga claim untuk rebet income tax sekali dengan zakat pendapatan serta zakat fitrah
Dapat banyak free gift pulak tadi,staff pun mesra pelanggan...tanya satu soalan pendek,jawapannya sepanjang tazkirah
Selepas akad,saya pula yang bagi dia tazkirah simpanan emas 😁
https://linktr.ee/zulekhz
#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K
Thursday, January 7, 2021
Harga Benchmark
Hari ini 1g RM273...mahal atau murah? Apa benchmark anda dalam membeli emas? Benchmark itu apa?
Mahal atau murah bergantung kepada pengalaman kali pertama anda membeli emas Public Gold, inilah yang dikatakan harga benchmark...sesiapa yang buka akaun dulu dengan belian RM304 segram akan kata harga hari ini sangat murah...sesiapa yang buka akaun dengan belian RM260 akan kata mahal, tapi walaupun mahal dia akan beli juga kerana sudah tahu yang harga hari ini nanti pun akan berlalu pergi
Sesiapa yang belum pernah beli & menyimpan emas akan selamanya kata mahal walaupun harga segram dah turun jauh kerana tiada benchmark sendiri yang boleh dibandingkan untuk dijadikan rujukan
Benchmark sendiri ini penting kerana ia dapat memberikan perasaan gembira, saspen dan kadang2 menyesal
Gembira kerana apabila harga turun, inilah masanya & peluang untuk menambahkan lagi simpanan
Saspen kerana bila harga dah turun jauh, duit pulak takde untuk tambahkan simpanan
Menyesal kerana tak mula menyimpan awal2 dulu bila dah tak dapat lagi membeli emas pada harga benchmark sendiri
Benchmark saya RM175 & bermula pada akhir tahun 2016, harga ini takkan kembali lagi seperti harga RM273 pada hari ini pun sampai masanya nanti takkan ada lagi
Anda?
Belum ada benchmark? Belilah hari ini, barulah ada 'thrill' membeli & menyimpan emas bila dah ada benchmark sendiri
https://linktr.ee/zulekhz
#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K