Berapa zakat nak kena bayar ni?
Itu memang soalan yang selalu orang tanya walaupun dia belum beli pun lagi emas sebagai permulaan simpanan atau baru je beli 1g
Kenapa?
Kerana emas adalah God's Money kata orang putih...kita akan automatik ingat Tuhan kalau berkenaan dengan simpanan emas,perasaan takut akan menjelma jika kita tak patuh pada arahanNya sedangkan kalau simpanan dalam bentuk wang tunai (People's Money) dalam bank pun juga dikenakan zakat jika dah cukup syarat
Tahun ini adalah tahun kedua saya berpeluang untuk melakukan salah satu bentuk ibadah dalam Islam ini iaitu Zakat Emas & Perak.Kalau dulu dengan simpanan dalam bank selama 16 tahun bekerja,tak pernah pun bayar zakat...bukan sebab tak nak bayar,tapi macamana nak bayar kalau syarat pun tak cukup?
Baki pun kena korek selalu tapi bila dah mula simpan emas dengan konsisten,tahun ketiga dah layak dah kena zakat,itulah buktinya simpanan emas lebih payah untuk bocor & nilai semakin meningkat dalam jangkamasa panjang serta kalis inflasi
Untuk sesiapa yang dah ada niat nak simpan emas,janganlah takut kepada zakat bahkan simpanlah emas sehingga dikenakan zakat kerana ia mensucikan harta,membantu saudara mara sesama Islam & dijadikan sebagai amalan/pahala tambahan untuk anda yang mana belum tentu orang lain ada peluang untuk melakukannya
Kadar zakat hanyalah 2.5% sahaja,tak logik juga kalau emas 100g (RM26,500) boleh beli tapi 2.5% dari itu (RM663) tak mampu pula nak bayar...kedekut letteww
Untuk kiraan zakat emas & perak,boleh berkunjung ke Baitulmal berdekatan anda, boleh juga claim untuk rebet income tax sekali dengan zakat pendapatan serta zakat fitrah
Dapat banyak free gift pulak tadi,staff pun mesra pelanggan...tanya satu soalan pendek,jawapannya sepanjang tazkirah
Selepas akad,saya pula yang bagi dia tazkirah simpanan emas 😁
https://linktr.ee/zulekhz
#ijanpublicgoldbintulu
#JE24K
No comments:
Post a Comment