Monday, December 30, 2019

Penutup 2019

Simpan jadual ni untuk rekod, boleh rujuk balik satu hari nanti

Macam2 cerita tentang emas tahun ni sepanjang jadi dealer Public Gold 

Dulu harga emas 1g tak sampai RM200...sekarang dah lebih...nak jumpa RM200 ke bawah pun tak pasti sama ada nak ke dia turun lagi kurang dari tu

Dulu ada orang nak buka akaun,1g RM175 je masa tu...lepas tu senyap lama...baru tadi kontek balik kata nak buka akaun & terkejut harga sekarang dah RM214

Ada yang 2 tahun lepas beli 1g SAHAJA & nak jual balik 1g tu...dapat la untung dalam RM17...lepas tu kata simpan emas ni merugikan

Ada yang kata baik join dia, beli emas kompeni xxx, akan ada income tiap bulan...jadi dealer Public Gold income ciput je...bila kita cerita yang kompeni tu ada tanda2 skim cepat kaya...marah...mujur betul tak lama lepas tu kompeni tu kena serbu sebab takde kebenaran dari Bank Negara Malaysia untuk ambil deposit dari orang ramai

Dulu ada yang beli 10g emas dengan harga RM1750, sekarang pun masih simpan & harga sekarang dah jadi RM2150

Dulu 5g boleh buat pinjaman RM650 di Arrahnu,sekarang boleh buat pinjaman RM806 dengan berat yang masih sama

Dulu selalu pinjam duit, sekarang tak payah lagi sebab dah ada back up emas & semakin bertambah

Dulu nak kumpul duit nak pergi Haji selalu tak tercapai, sekarang dah ada simpanan emas yang kalis bocor & kalis inflasi...bila2 masa boleh jual untuk pergi Haji

Dulu nak kumpul modal bisnes pun payah,sekarang dengan ilmu emas yang betul dah tau cara nak simpan sebahagian keuntungan & bina modal yang lebih besar 

Dulu nak simpan duit pun selalu tak menjadi, sekarang dah ada aset emas yang bernilai lebih dari 6 bulan gaji

Dulu dalam bank nak tengok baki simpanan RM100 pun payah sebab selalu korek balik, sekarang dah ada simpanan emas 15g dalam akaun GAP yang bernilai RM3210 & rasa tak nak jual...nak tambah lagi simpanan lebih banyak

Dulu boros berbelanja, gaji macam tak cukup...sekarang dengan emas & ilmu kewangan,cara belanja semakin berhemah & stabil

Dulu kata emas semua scam, sekarang tiba2 kontek nak buka akaun

Dulu join skim emas dapat bagi pendapatan, modal RM10k hangus...pendapatan takde langsung, emas 1g pun tak dapat...sekarang maintain beli 3g emas  sebulan dengan ilmu yang betul, dalam akaun dah lebih dari 30g yang bernilai lebih RM6k

Dulu kata nak beli emas kena cash, takleh hutang, takleh online...haram...riba...sekarang pun dah pandai urus sendiri beli emas secara online dengan ansuran 4x,10x & sentiasa tunggu promo2 yang best dari Public Gold 

Senyum2 tak jadi bila tengok ASB 5.5% tapi nasib baik buat simpanan emas dengan peningkatan nilai sebanyak 19% dalam masa 2 tahun

Ada kes si ayah memperlekeh anak kerana buat simpanan dalam bentuk emas,anak diam saja & satu hari emas simpanan anaknya itu juga yang dapat membantu si ayah bila ada keperluan kecemasan dengan memajakkan emas di Arrahnu

Ada surirumah yang tiada simpanan langsung walaupun ada bisnes online tapi sekarang dah ada aset bernilai RM10k tak sampai setahun bila dah tau kelebihan emas sebagai saving & ubat kepada penyakit boros yang selama ini menghantui diri

Semoga tahun 2020 ini nanti mendatangkan kebaikan kepada anda semua khasnya untuk penyimpan2 emas

Simpanlah emas dengan ilmu supaya apa yang anda amalkan nanti akan mendatangkan manfaat

Kerana apa2 benda pun walaupun banyak kelebihannya akan nampak tiada apa2 keistimewaan jika dibuat tanpa ilmu yang betul 

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi 
PG00087992 
Public Gold Dealer 
0198657574 Simpan jadual ni untuk rekod, boleh rujuk balik satu hari nanti

Macam2 cerita tentang emas tahun ni sepanjang jadi dealer Public Gold 

Dulu harga emas 1g tak sampai RM200...sekarang dah lebih...nak jumpa RM200 ke bawah pun tak pasti sama ada nak ke dia turun lagi kurang dari tu

Dulu ada orang nak buka akaun,1g RM175 je masa tu...lepas tu senyap lama...baru tadi kontek balik kata nak buka akaun & terkejut harga sekarang dah RM214

Ada yang 2 tahun lepas beli 1g SAHAJA & nak jual balik 1g tu...dapat la untung dalam RM17...lepas tu kata simpan emas ni merugikan

Ada yang kata baik join dia, beli emas kompeni xxx, akan ada income tiap bulan...jadi dealer Public Gold income ciput je...bila kita cerita yang kompeni tu ada tanda2 skim cepat kaya...marah...mujur betul tak lama lepas tu kompeni tu kena serbu sebab takde kebenaran dari Bank Negara Malaysia untuk ambil deposit dari orang ramai

Dulu ada yang beli 10g emas dengan harga RM1750, sekarang pun masih simpan & harga sekarang dah jadi RM2150

Dulu 5g boleh buat pinjaman RM650 di Arrahnu,sekarang boleh buat pinjaman RM806 dengan berat yang masih sama

Dulu selalu pinjam duit, sekarang tak payah lagi sebab dah ada back up emas & semakin bertambah

Dulu nak kumpul duit nak pergi Haji selalu tak tercapai, sekarang dah ada simpanan emas yang kalis bocor & kalis inflasi...bila2 masa boleh jual untuk pergi Haji

Dulu nak kumpul modal bisnes pun payah,sekarang dengan ilmu emas yang betul dah tau cara nak simpan sebahagian keuntungan & bina modal yang lebih besar 

Dulu nak simpan duit pun selalu tak menjadi, sekarang dah ada aset emas yang bernilai lebih dari 6 bulan gaji

Dulu dalam bank nak tengok baki simpanan RM100 pun payah sebab selalu korek balik, sekarang dah ada simpanan emas 15g dalam akaun GAP yang bernilai RM3210 & rasa tak nak jual...nak tambah lagi simpanan lebih banyak

Dulu boros berbelanja, gaji macam tak cukup...sekarang dengan emas & ilmu kewangan,cara belanja semakin berhemah & stabil

Dulu kata emas semua scam, sekarang tiba2 kontek nak buka akaun

Dulu join skim emas dapat bagi pendapatan, modal RM10k hangus...pendapatan takde langsung, emas 1g pun tak dapat...sekarang maintain beli 3g emas  sebulan dengan ilmu yang betul, dalam akaun dah lebih dari 30g yang bernilai lebih RM6k

Dulu kata nak beli emas kena cash, takleh hutang, takleh online...haram...riba...sekarang pun dah pandai urus sendiri beli emas secara online dengan ansuran 4x,10x & sentiasa tunggu promo2 yang best dari Public Gold 

Senyum2 tak jadi bila tengok ASB 5.5% tapi nasib baik buat simpanan emas dengan peningkatan nilai sebanyak 19% dalam masa 2 tahun

Ada kes si ayah memperlekeh anak kerana buat simpanan dalam bentuk emas,anak diam saja & satu hari emas simpanan anaknya itu juga yang dapat membantu si ayah bila ada keperluan kecemasan dengan memajakkan emas di Arrahnu

Ada surirumah yang tiada simpanan langsung walaupun ada bisnes online tapi sekarang dah ada aset bernilai RM10k tak sampai setahun bila dah tau kelebihan emas sebagai saving & ubat kepada penyakit boros yang selama ini menghantui diri

Semoga tahun 2020 ini nanti mendatangkan kebaikan kepada anda semua khasnya untuk penyimpan2 emas

Simpanlah emas dengan ilmu supaya apa yang anda amalkan nanti akan mendatangkan manfaat

Kerana apa2 benda pun walaupun banyak kelebihannya akan nampak tiada apa2 keistimewaan jika dibuat tanpa ilmu yang betul 

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi 
Public Gold Dealer PG00087992 
019 865 7574 











Wednesday, December 25, 2019

Promosi Rantai Padi Emas 916 sempena 2020

Ok, abis dah promo dinar bayar 10x...sambung ke Special Preorder Rantai Padi emas 916 lagi...RM2020 sempena tahun 2020 kereta terbang

Boleh ansuran 10x...mampu milik...kalau nak simpan duit sendiri sampai RM2000 memang payahlah...nanti emas makin naik,simpanan pula bocor sana sini beli itu ini...

Kalau buat cara ansuran lagilah senang urus...secara automatik pandai jadi disiplin pula nak bayar tiap bulan

Pelik kan?

Tak pelik sebenarnya....sebab duit tiap bulan RM200 dah tukar jadi emas, tu la sebab payah nak ambik balik...kalau simpan duit bulan ni dalam bank RM200...bulan depan tambah lagi RM200 dah jadi RM400...nampak angka RM400 dah demam lagi nak ambik balik buat belanja, kan?

Biasa la tu...

Dah, jom order gelang tangan ni...bila lagi nak beli kan? Time offer2 cantik macam ni la sambar satu

Whatsapp untuk lebih lanjut

019 865 7574

#ijanpublicgoldbintulu
#pgmall
#pgjewel

Sunday, December 22, 2019

Terima Kasih

Mula2 nak jadi Dealer Public Gold dulu terfikir juga ada ka orang nak beli emas ni,bukannya harga semakin murah...semakin mahal lagi ada...beli buku resit rasmi Public Gold pun satu je takut2 kalau sikit saja orang beli...tengok2 tak cukup pula nak tulis resit & oder lagi banyak

Dari semalam baru ada masa nak cerita gila2 tentang promo dinar untuk bulan Disember sehinggalah promo berakhir sebentar saja tadi, sebanyak 17 dinar dah ditempah dengan total harga lebih RM15k...itu baru dari saya sorang...seluruh Malaysia entah berapa dah total yang dibeli oleh pelanggan2 baru & lama...kadang2 bukan senang pun nak yakinkan pelanggan2 tentang kelebihan emas/dinar & kukuhnya syarikat Public Gold di Malaysia terutamanya yang baru kenal saya hanya melalui online sahaja

Tugas saya sebagai dealer hanyalah menjadi perantaraan saja ya,stok2 emas saya takde simpan pun untuk jualan,yang ada pun hanya untuk simpanan & kegunaan sendiri sahaja...jangan pula ingat rumah saya ni bertaburan emas sana sini,bawah katil ke,dalam stor ke,simpan dalam tupperware ke..takde...saya hanya tunjukkan jalan bagaimana berurusan dengan betul secara online dengan Public Gold,kalau ada apa2 perkara yang perlu penjelasan yang lebih terperinci atau kalau ada apa2 masalah yang dihadapi...saya akan cuba bantu sehingga selesai & emas/dinar pula hanya dapat diambil di cawangan2 Public Gold yang berdekatan, ada juga yang boleh dihantar melalui pos

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah berurusan & memberi kepercayaan kepada saya pada tahun ini serta tahun2 sebelumnya....Semoga keadaan ekonomi & kewangan anda semua akan bertambah kukuh dengan adanya simpanan dalam bentuk emas tak kira sama ada dalam bentuk goldbar, dinar maupun perhiasan

#ijanpublicgoldbintulu

Saturday, December 21, 2019

Promosi Dinar FB Live Disember 2019





FB LIVE DISEMBER PROMO

*****

Pelanggan baru,free gold card folder

*****

Alacart Promotion

1 Dinar / 5 Dinar / 10 Dinar 

- EPP 4 @ 10x ansuran
- Waive EPP Charge
- Setiap 1 Dinar x1 Lucky Draw

*****

Dealership Promotion

Normal Dealer
- 8 Dinar + 0.5g Wealth Card
- EPP 4 @ 10x ansuran
- Waive EPP Charge
- Lucky Draw x10 cabutan

Priority Dealer
- 12 Dinar + 0.5g Wealth Card
- EPP 4 @ 10x ansuran
- Waive EPP Charge
- Lucky Draw x20 cabutan

*****

Hadiah Lucky Draw

Grand Prize
Pakej Umrah  ( jika total belian mencapai minimum 2,500 keping dinar )

1st Prize – 1 Dinar
2nd Prize – 1/2 Dinar
3rd Prize – 1 gram

Lain2 : 0.5g , PGMALL C-Wallet, gold card folders

Promosi sehingga 12pm 23/12/2019 sahaja

Whatsapp 0198657574 untuk lebih lanjut

#ijanpublicgoldbintulu 


Friday, December 13, 2019

Emas2 perhiasan dari PG JEWEL


Try la beli emas2 perhiasan dari PG Jewel...setiap minggu ada promo dengan harga2 yang menarik...kadang2 ada slot special pre-order untuk design2 tertentu

https://www.facebook.com/pgjewelgallery/

Untuk yang berharga lebih RM1k boleh bayar ansuran 4x atau 6x..urusan sangat mudah,staf PG Jewel pun senang dihubungi melalui whatsap jika ada apa2 pertanyaan atau masalah

Kalau tak nak tunggu promo,boleh je pilih mana2 barang perhiasan PG Jewel dalam website/apps PG Mall...masih juga boleh dibayar dengan kaedah ansuran

https://pgmall.my/seller_store_product/PG-Jewel

Pos pun percuma serta dilindungi insuran....dari beli dari tempat lain yang belum tentu dipercayai & selamat,lebih baik beli dari PG Jewel

Whatsapp 0198657574 untuk pendaftaran akaun PG MALL

Thursday, December 12, 2019

Promosi Dealership Public Gold 12/12/19 - 15/12/19


Promosi Dealership Public Gold bermula dari 12/12/19 sehingga 15/12/19

NORMAL DEALER
Beli Bunga Mas 30g + Wealth Card RM200 (boleh ansuran 10 kali)
Free C-wallet PG MALL RM100

PRIORITY DEALER
Beli 50g Bunga Mas + Wealth Card RM200 (boleh ansuran 10 kali).
Free C-wallet PG Mall RM300

********

Apakah kelebihan menjadi dealer Public Gold?

Public Gold ada 2 kategori dealership:

A. Normal Dealer
B. Priority Dealer

Kelebihan Normal Dealer

1. Diskaun 1% untuk belian dari diri sendiri
2. Komisyen 0.3% jika jual balik emas diri sendiri & pelanggan
3. Komisyen 1% dari setiap belian dari pelanggan yang diperkenalkan

Kelebihan Priority Dealer

1. Diskaun 1.5% untuk belian dari diri sendiri
2. Komisyen 0.3% jika jual balik emas diri sendiri & pelanggan
3. Komisyen 1.5% dari setiap belian dari pelanggan yang diperkenalkan

Whatsapp untuk lebih lanjut :

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

#ijanpublicgoldbintulu

Wednesday, December 11, 2019

Pre Order Special 12/12/19


Special Pre-Order 12/12/19
Ansuran 10x bayar
Berat : 17 - 18gram
Lebar : 1.2cm
Size: 16 - 17cm
Harga : RM3788
Sebulan : RM381

Whatsapp 0198657574 untuk tempahan

Terhad kepada 50 orang sahaja

Friday, December 6, 2019

Melabur dengan emas 150g

Nak melabur emas kena beli 100g ke atas...kalau beli 1g,5g,10g,20g,50g...tu masih dalam kategori penyimpan emas...belum boleh digelar pelabur

Jadi,kena kenalpasti dulu kedudukan kita adakah nak jadikan emas sebagai simpanan atau pelaburan

Setiap orang tak sama dari segi kemampuan,ada yang boleh beli 10g sebulan, ada yang mampu beli hanya 1g sebulan...jangan tengok orang beli 10g,kita pun ikut nak beli 10g padahal kemampuan kita setakat 1 atau 2g sahaa..belilah ikut kemampuan...biar sikit2 tetapi konsisten

Tadi ada customer nak beli 150g..katanya dapat duit jatuh dari langit...risau habis semua, beliau tukarkan sebahagiannya yang berjumlah RM31,350 ke bentuk emas...nak beli fizikal 150g,risau pula takut2 kena curi...jadi beli & simpan saja dalam akaun GAP, biar Public Gold yang simpankan tanpa cas apa2...nak jual balik nanti pun mudah,boleh buat secara online saja

Bila duit dah bertukar menjadi emas, emosi nak berbelanja akan hilang kerana nombor2 pada duit dah bertukar ke berat emas

Kalau tengok sejumlah RM30k ada dalam akaun bank atau dalam bentuk wang kertas...emosinya lain,nak menghabiskan saja rasanya...akan terbayang nak beli benda2 yang tak perlu pun 

Ok, simpan saja rekod nilai 150g bersamaan dengan RM31,350 ini di sini

Kita tengok pula nilainya untuk beberapa tahun akan datang...adakah sama sahaja,semakin naik ataupun semakin menurun

Sama2lah kita nantikan

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi 
Public Gold Dealer PG00087992 
019 865 7574 

#ijanpublicgoldbintulu
#GAP

Friday, November 22, 2019

Seminar Public Gold

SEMINAR EMAS PUBLIC GOLD PERCUMA

23 NOVEMBER 2019 (SABTU)
8.00 - 10.00 MALAM

PENCERAMAH : STEVEN BLANDA ANAK INTING
LOKASI : 101 HOTEL,BINTULU (Dulu dikenali sebagai Tune Hotel)

Public Gold adalah satu-satunya syarikat jual beli emas yang aktif menganjurkan seminar emas di seluruh Malaysia setiap bulan dengan percuma

Public Gold juga komited mendidik masyarakat akan kepentingan menyimpan emas dan bagaimana emas boleh menjadikan kewangan seseorang itu menjadi lebih baik

Pada setiap seminar,Public Gold juga menawarkan :

- Pembelian emas dengan harga diskaun

- Cabutan bertuah (peluang menang gold bar Public Gold).

- Peluang menjadi dealer Public Gold dengan harga diskaun

Pelanggan Public Gold bukan sekadar membeli emas untuk dijadikan simpanan, tetapi mereka juga turut dibimbing dengan ilmu yang betul

Datanglah awal & sediakan soalan2 tentang simpanan emas yang selama ini mengganggu fikiran,insyaAllah akan dijawab dengan sebaik mungkin oleh wakil dari Public Gold

Jangan lupa untuk tuliskan PG Code saya sebagai introducer semasa pendaftaran kehadiran anda di pintu masuk seminar nanti

PG CODE : PG00087992

ZULEKHZAN BIN FAUZI SAADI
PUBLIC GOLD DEALER

0198657574


Thursday, November 21, 2019

Penyimpan @ Pelabur?

Menyimpan emas & melabur emas tak sama...kalau beli 1g,2g,3g atau 10g sekalipun setiap bulan...itu masih dalam kategori penyimpan emas...targetnya adalah untuk tingkatkan simpanan & belum tentu nak jual balik selagi tiada keperluan

Kalau nak melabur emas pula,sekurang2nya dah ada simpanan sendiri untuk kecemasan & belian emas untuk pelaburan pula sekurang2nya kena beli 100g terus dengan target nak untung bila nak jual balik

Macam ASB,kalau simpan RM100 sahaja sebulan,setahun baru berjumlah RM1200...kalau dividen 7%,baru dapat untung RM84...itu belum sampai tahap melabur melainkan kita terus simpan RM20,000...setahun barulah dapat dividen RM1400

Bayangkan nak melabur dalam ASB, tapi simpan RM100 sahaja dengan tiada penambahan apa2 pun selama setahun...tapi nak untung besar,pelik la kan?

Serupa la macam beli 1g emas sahaja sepanjang tahun tanpa tambah apa2, tapi nak untung berlipat kali ganda...takkan jadi...apa yang dia dapat, hanyalah gelaran penyimpan emas 1g...takleh le kata diri tu pelabur emas

Menyimpan @ melabur, biar dengan ilmu yang betul

#ijanpublicgoldbintulu


Friday, October 25, 2019

Bunga Mas 10g & Silver 500g promo




Promo sehingga Selasa 29/10/2019

A. 
Emas 10g edisi Bunga Mas 
RM2125
Premium RM30
Layak untuk 1 lucky draw 

Bulan pertama bayar RM212.50 + RM30 = RM242.50
Bayar RM212.50 setiap bulan bermula dari bulan ke-2 hingga bulan ke-10
Dah habis bayar,boleh ambil goldbar 10g Bunga Emas di mana2 cawangan Public Gold yang berdekatan

Boleh juga melalui pos dengan bayaran tambahan RM33 untuk urusan pos & insuran 


B. 
Silver 500g ansuran 10x
Harga RM1440
Premium RM80
Layak untuk 2 lucky draw 

Bulan pertama bayar RM144 + RM80 = RM224
RM144 setiap bulan bermula dari bulan ke-2 hingga bulan ke-10
Dah habis bayar,boleh ambil silver bar 500g di mana2 cawangan Public Gold yang berdekatan


http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574


Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
PG00087992


Monday, October 14, 2019

EPP 'Main Kutu' Public Gold


Tiada istilah main kutu sebenarnya dalam Public Gold,itu hanya sekadar terma yang kami gunakan agar senang difahami oleh pembaca

Tetapi ada satu kaedah pembelian yang diperkenalkan oleh Public Gold di mana ianya jauh lebih baik dari apa yang dikatakan main kutu tadi. Kaedah ini dinamakan kaedah EPP Patuh Syariah (Easy Payment Purchase)

Bila dikatakan Patuh Syariah,bolehlah membawa maksud yang kaedah ini tidak akan memberi mudarat kepada pembeli sebagaimana apabila main kutu,ada masanya segelintir peserta nanti akan memberi masalah kepada peserta2 yang lain di mana bayaran akan tersangkut bila tiba giliran untuk membuat bayaran

Kaedah EPP Patuh Syariah pula hanya melibatkan pembeli & pihak Public Gold,tiada peserta lain...syarat2 yang dikenakan pula adalah adil untuk kedua pihak dengan situasi menang menang 

Contohnya EPP4 untuk 1 dinar yang bermaksud,bayar ansuran bulanan dalam tempoh 4 bulan atau 10 bulan...harga 1 dinar emas akan kita bayar dalam masa berperingkat dengan nilai bulanan yang telah dipersetujui dalam jadual pembayaran yang diberikan oleh Public Gold

Sebaik selesai sahaja pembayaran,1 dinar emas fizikal boleh dikeluarkan dari mana2 cawangan Public Gold atau boleh dikirim sahaja melalui pos dari Public Gold HQ di Pulau Pinang dengan tambahan cas pos & insuran (sekitar RM21.50 Sabah/Sarawak)

Kaedah EPP lebih drastik dari kaedah GAP @ Gold Accumulation Program(yang juga Patuh Syariah) kerana kita paksakan diri untuk membuat simpanan yang lebih dengan rasa komitmen untuk membayar secara ansuran,bila namanya dah komitmen...kena la patuh

Kalau disiplin dengan EPP4 1 dinar selama setahun,insyaAllah akan dapat kumpul 4 keping dinar emas yang berharga sekitar RM3500 (tahun lepas sekitar RM3000) pada hari ini & itulah aset kita dalam bentuk emas 

Jadi bagaimana? Nak cuba kaedah EPP Patuh Syariah,selain konsisten bayar hutang...menabung pun perlu ikut sama

Kalau nak cuba, whatsapp terus no di bawah untuk saya ajarkan dengan lebih terperinci

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
PG00087992

Thursday, October 3, 2019

Beli emas 5kg!

Tak perlu was2 bila nak beli dari Public Gold,5g ke 10g ke 20g insyaAllah stok sentiasa ada...dengar cerita semalam ada customer beli 5kg!

Kalau beli 5kg, itu tandanya untuk pelaburan jangkamasa panjang...kalau belum ada kemampuan nak beli dengan jumlah yang besar untuk pelaburan, boleh saja bermula membeli emas dengan jumlah sekecil 1g untuk tujuan simpanan

Tak perlu kaya untuk bermula menyimpan, tetapi sudah tentu perlu menyimpan untuk jadi kaya

#ijanpublicgoldbintulu

Friday, September 13, 2019

Jual balik emas



Emas2 dari jenama lain pun diterima Public Gold untuk dijual balik...baru2 ini seorang pelanggan Public Gold telah menjual balik emas2nya dengan berat total sekitar 1kg & tiada masalah untuk Public Gold membeli balik berapa berat pun emas yang anda ada

3 tahun lepas saya ada memiliki emas 5g dari syarikat XXX,bila saya nak jual balik emas yang saya kepada syarikat yang sama melalui agennya...boleh pula agen itu kata yang dia takde modal nak beli balik,kena tunggu ada orang nak beli baru saya boleh jual 

Seterusnya saya bawa pula emas XXX tersebut ke Arrahnu untuk dipajakkan...juga tak diterima kerana syarikat termasuk dalam senaraihitam Bank Negara Malaysia walaupun emasnya adalah berketulenan 999

Sejak dari itulah saya membuat kajian syarikat mana sebenarnya yang paling bagus & fleksibel...ada yang hanya terima dari jenama sendiri sahaja,ada yang terima dengan syarat tak boleh ada calar walaupun sedikit,tak boleh bengkok,tak boleh buka seal, ada yang susutnilainya terlalu besar...ada yang perlu ada buku akaun & resit sebagai bukti pembelian sebagai syarat jual balik serta macam2 lagi syarat2 yang agak melecehkan...sehinggalah saya jumpa syarikat Public Gold

Emas anda calar?Bengkok?Putus?Patah dua? Takde resit? Dah buka seal?Emas produk keluaran skim cepat kaya? 

Public Gold terima semua tanpa banyak soal...selagi emas milik anda itu adalah tulen,ianya diterima untuk dijual balik tanpa prejudis 

Nak beli emas,belilah di Public Gold...sangat mudah bila berurusan dengan syarikat ini

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992
019 865 7574

Tuesday, September 10, 2019

Emas sebagai tabung pendidikan untuk anak2





Simpan emas bukan sekadar beli & jual masa mahal saja...salah satu kegunaan emas ialah sebagai cara untuk capai target untuk tabung perbelanjaan pendidikan anak2

Berapa bajet pendidikan sekarang?
RM10k?
Target beli & simpan emas 50g (RM10,440)

RM20k?
Target beli & simpan emas 100g(RM20,784)

RM50k?
Target beli & simpan emas 250g(RM51,791)

Kalau nak target 50g,buka akaun GAP Public Gold & beli secara konsisten setiap bulan...contohnya kalau beli 2g setiap bulan, cukup 25 bulan dah ada simpanan 50g dalam tangan...bila dah sampai keperluan nak pakai duit nanti, masa itulah jual balik 50g yang ada

Kalau nak target 100g,beli 2g setiap bulan, cukup 50 bulan dah ada simpanan 100g dalam tangan...bila dah nak guna nanti, jual balik 100g yang ada dalam simpanan...

100g hari ini bernilai sekitar RM20k...harga emas dengan berat yang sama akan naik dalam jangkamasa panjang,mungkin RM23k...mungkin RM26k...

RM20k dalam bentuk simpanan wang kertas pada tahun ini belum tentu sama kuat kuasa belinya pada masa depan

Simpanlah emas bermula sekarang untuk perbelanjaan masa depan pelajaran anak2 & semoga tak perlu berhutang dengan siapa2 


Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
PG00087992

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

Friday, August 30, 2019

Thursday, August 29, 2019

10g kalis inflasi




2015 10g RM1509

2017 10g RM1950

2019 10g RM2147

Emas memang terbukti kalis inflasi,simpanlah sebahagian dari wang anda ke bentuk emas

Nak beli 10g terus,memang terasa mahal,nak hulur duit pun tangan terketar2

Sertailah GAP (Gold Accumulation Program) untuk kaedah yang mudah untuk mendapatkan 5g,10g,20g

Hanya kesabaran & disiplin yang diperlukan

Whatsapp 0198657574 untuk lebih lanjut

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer 
PG00087992 

Friday, August 23, 2019

Emas & trade war







Naik turun harga emas memang ada kaitan dengan keadaan semasa...sekali baca macam tak logik contohnya dengan apa yang berlaku sekarang di antara US & China...saya pun tiada kemahiran & pengetahuan yang mendalam untuk membuat andaian sama ada emas akan naik atau turun pada esok hari

Yang saya tahu,sesiapa yang memiliki emas & sentiasa meningkatkan simpanan emasnya dengan konsisten akan turut merasa untungnya menjadikan emas sebagai penyimpan nilai dalam jangkamasa yang panjang

Harga emas sama ada naik atau turun dalam masa terdekat akan membuatkan penyimpan2 emas yang berilmu senyum2 sahaja tanpa perlu rasa panik

Ketika harga emas turunlah peluang untuk meningkatkan simpanan & ketika harga naik pula akan menyebabkan simpanan2 yang dikumpul sebelum ini menjadi lebih bernilai

Pernah jadikan emas sebagai simpanan? Bermulalah sekarang, saya boleh bantu dengan senang hati

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi 
Public Gold Dealer 
PG00087992 

019 865 7574 

Tuesday, August 6, 2019

Retail price pun naik


Harga emas semakin naik,harga retail pun dah update ke harga baru & saya pun baru perasan

Dulu 0.5g RM150, sekarang dah RM160
Dulu 1g RM250, sekarang dah RM290
Dulu 1/2 dinar RM500, sekarang dah RM550
Dulu 5g Rm1100,sekarang dah RM1150

Nak murah2,bukalah akaun GAP, 1g RM207 untuk hari ini...RM103 untuk 0.5g,RM440 untuk 1/2 dinar & RM1035 untuk 5g 

Sentiasa murah bagi yang dah biasa beli & simpan emas sebab mereka akan selalu bandingkan dengan harga masa depan yang sememangnya naik

Sebab itulah mereka tiada kerja lain selain beli, beli, beli, beli, beli dan beliiiiii....

Sentiasa beli emas menandakan simpanan semakin meningkat, simpanan meningkat bermaksud anda semakin kaya,semakin kaya bermaksud anda akan berada beberapa langkah ke depan dari segi ekonomi,keadaan kewangan yang kukuh akan membuatkan anda ada banyak pilihan untuk diri sendiri sama ada nak gunakannya untuk kebaikan atau untuk keburukan...& anda juga akan berada dalam keadaan siap sedia jika ada keperluan yang mendesak atau apa2 saja keadaan kecemasan yang akan berlaku pada anda

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992
019 865 7574 



Sunday, July 21, 2019

Pen,kertas & bajet


Dekat2 gaji,rajin2 la ambik kertas & pen...tulis :

1. Berapa gaji masuk : A
2. Berapa nak kena simpan : B 
3. Berapa hutang kawan kalau ada : C
4. Berapa untuk keperluan : D
5. Berapa nak enjoy : E

Pastikan A lebih besar dari B+C+D+E,ejaslah mana2 yang patut biar seimbang

Bila dah tulis bajet awal2, senanglah bila dah masuk gaji nanti,ikut je apa yang dah dirancang,insyaAllah semua akan cukup 

Bukannya...

1. Senyum tengok baki dalam bank bila gaji dah masuk
2. Enjoy beli itu ini
3. Hutang kawan,nantilah dulu
4. Simpan tak payahlah,tunggu ada lebih nanti...banyak sangat komitmen ni
5. Baru nak cari pen & kertas bila tengok bajet untuk keperluan macam tak cukup je


*****

Nak tulis bajet memang senang,nak ikut bajet tu yang payah...kadang2 kita lebih utamakan enjoy sehingga berlebihan sehingga benda yang lebih penting seperti untuk keperluan & simpanan diketepikan

Salah satu tip yang saya yakin dapat membantu dalam disiplin kewangan & simpanan ialah dengan menggunakan medium emas sebagai simpanan jika simpanan dalam bentuk duit dalam bank sebelum ini selalu tak berjaya

Kerana bila dah biasa simpan emas sehingga menjadi tabiat,dengan sendirinya penyakit boros & kebocoran simpanan dalam bank akan pulih...perbelanjaan kewangan pun ikut sama berdisiplin sedikit demi sedikit....dengan ertikata lain...emas juga adalah ubat kepada masalah kewangan...ada yang pulih dalam masa yang singkat...& ada juga yang pulih dalam masa beberapa tahun 

Yang penting kena cuba lah...itu saya boleh kongsikan bagaimana caranya yang betul


Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992
019 865 7574 



Sunday, July 14, 2019

200,000!!

Customer Public Gold telah lebih dari 200,000 orang...kalaulah syarikat ini skim cepat kaya & mengeluarkan emas palsu...dah lama dah syarikat ni bungkus dengan saya2 sekali

Realitinya Public Gold sebenarnya adalah musuh kepada skim2 cepat kaya kerana hanya Public Gold sahaja yang begitu komited memberikan ilmu2 emas yang betul secara PERCUMA melalui ratusan seminar yang diadakan di seluruh Malaysia setiap bulan

Dengan ilmu yang betul,walaupun ada yang belum memulakan simpanan emas, sekurang2nya mereka tidak terlibat dengan skim2 skim cepat kaya yang bertopengkan emas yang begitu banyak sebelum ini

Rasanya tiada lagi kedengaran skim2 ini beroperasi sekarang...kenalan2 yang giat 'mencari orang' untuk join skim2 sebegini pun dah lama senyap...

Jom simpan emas untuk masa depan...Public Gold antara yang terbaik malah adalah yang paling mudah untuk berurusan kerana banyak penambahbaikan telah dilakukan sejak ianya beroperasi lebih dari 10 tahun

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
Customer Public Gold yang ke 87992

Saturday, July 6, 2019

Prinsip Syariah dalam GAP






PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer 
PG87992

Tuesday, July 2, 2019

Bila 999 menjadi 950



Alat untuk mengukur ketulenan emas sangatlah sensitif & kadang2 ikut mood seperti manusia...emas 10g classic Public Gold yang pernah digadai tahun lepas disahkan tulen 999/24K tapi semalam alat tu agak moody sedikit, mungkin sebab dah dekat pukul 6 pun masih disuruh bekerja & keputusannya, emas yang sama disahkan sebagai emas 950/22.8K

Tak kisah la tu,janji emas diterima untuk gadaian...ada sesetengah emas,tengok jenama saja pun terus kena tolak walaupun tulen

Tapi walaupun bacaan menunjukkan emas 950,nilai marhun emas 10g ini lebih tinggi dari nilai emas 999 dalam jadual harga Public Gold...dapatlah pinjaman RM1420 dengan upah simpan RM17 sebulan

Bukan apa,ada lucky draw untuk siapa2 yang gadaikan emas mereka di Arrahnu Bank Rakyat sekarang sehingga Oktober dengan hadiah yang sangat2 lumayan

Duit pinjaman bolehlah digunakan untuk modal bisnes di mana berpotensi untuk mendatangkan keuntungan....asal jangan enjoy saja dengan pinjaman yang ada,nanti duit akan habis begitu sahaja....gadai emas pun perlu ada ilmu yang betul ya


#ijanpublicgoldbintulu


Saturday, June 29, 2019

Emas 10g & washing machine 13kg

10g emas ini berharga RM1690 pada tahun lepas (16/8/2018), jika nak jual balik dalam waktu terdekat, PG terima dengan harga RM1537...itulah kesan jangkamasa pendek...pernah seorang kawan komplen sebab macam tak adil je beli lepas tu kurang banyak masa nak jual balik...dah kau beli hari ini, bulan depan jual...memanglah harganya macam tu...beli henfon RM1000 hari ini pun kalau jual esok dah turun jadi RM700...itulah namanya susutnilai...tahun depan henfon RM1000 tadi tak mustahil boleh susut sehingga lebih 50% atau lebih malang lagi tiada nilai langsung 

Tetapi itu tidak akan berlaku pada emas...tak percaya? 

Ok,tengok pula 10g emas pada harga sekarang, di kala harga semakin meningkat & berada pada paras tertinggi pada 29/6/2019 iaitu RM199 per gram...10g yang dibeli pada 10 bulan lepas dengan harga RM1690 telah pun bernilai RM1986 & kalau nak jual balik,PG terima dengan harga RM1807

Orang yang beli emas 10g pada bulan lepas dengan harga RM1930 akan kata rugi beli emas sebab kalau jual balik pada hari ini PG terima dengan harga RM1807...rugi RM123

Tapi orang yang beli emas 10g pada 10 bulan lepas pula dengan harga RM1690 pula kata untung sebab boleh jual balik dengan harga RM1807...untung RM117

Dah nampak?

Haa...apa lagi,boleh la jual seketul 10g ni untuk beli washing machine yang rosak pagi tadi 

#ijanpublicgoldbintulu 
019 865 7574 



Thursday, June 27, 2019

Emas mahal....ya ka?


Emas mahal?

Emas nang mahal dari dolok bah...bila masanya murah?

Nya akan murah bila kita dah berada 4 atau 5 tahun ke depan...serupa macam kinek toklah,tahun 2019 baruk nampak emas masa tahun 2013 dolok murah,tapi masa kita di tahun 2013 dolok kita madah emas mahal,nampak sik? 

Nak beli emas dengan harga mampu milik & praktikal,boleh la bukak akaun
Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold 

GAP tok kita boleh beli sikit2 bila2 kita maok...sama macam kita simpan duit dalam bank la bos,katakan target nak simpan rm1000,sebulan sekali simpan dalam rm100,cukup 10 bulan kelak dah ada rm1000 dalam akaun & boleh keluarkan dalam bentuk duit kertas atau biar simpan jak sebagai saving

Macam ya juak emas,mun target kita nak ngeluar 10g,beli jak 1g setiap bulan,cukup 10 bulan dah ada 10g...mun dah cukup,boleh keluarkan dalam bentuk fizikal

Ada 0.5g,1g,5g,10g,20g,50g,100g,250g,1000g,setengah dinar,1 dinar,5 dinar & 10 dinar

Bah,dah ada emas kelak,apa nak dipolah?Simpan ajaklah & kumpul agik semampu mungkin sebagai aset untuk diguna masa depan,yalah & duit kitak orang dalam bentuk emas

Duit simpanan dalam bentuk kertas mudah berkurang sebab selalu dikorek balit walaupun dah simpan dalam bank,ada ajak rasa nak dibeli walaupun sik perlu...yalah antara sebab Tabung Haji & ASB ya nait turun nait turun jak jumlah baki dalam akaun, kadang2 turun cepat agik dari nait...duit dalam bank biasa agiklah cepat surut,kinek tok berbeli barang tranfer ajak online sampei sik terasa duit mengalir cepat 

Berbeza mun duit dah ditukar ke bentuk emas,neida rasa nak belanja agik,sayang agik ada...nak berguna duit kelak,gadeilah kejap di Arrahnu...mun dah banyak kelak,boleh juak dijual balit untuk beli rumah ka,nak kawen baru ka...jangan pakei beli nok entah apa² dah la

Apa?Takut nak nyimpan banyak?Takut kenak rompak?

Huh...1g pun belum ada dah bingong macam apa,simpan ajak dalam Public Gold pun boleh juak,sikda cas apa²...simpan sikit fizikal di tangan pun cukuplah untuk keperluan

Mun nak bukak akaun GAP kelak,klik jak link debah,kelakku guide sampei torang terer

http://wasap.my/60198657574

Tuesday, June 25, 2019

Thursday, June 20, 2019

Harga emas semakin naik


Emas tiada dividen seperti duit simpanan dalam bank...berat pun sama sahaja jika tidak ditambah...beli 5g goldbar tahun lepas & simpan dalam laci,tahun ni pun berat masih 5g,celah mana nak datang untungnya?

Untungnya ialah emas akan kekal lama dalam simpanan selagi tiada keperluan untuk dijual,simpan duit tunai RM1000 dalam laci, bulan depan belum tentu masih ada...

Mari kita tengok beza harga 1g bulan Jun 2018 & 1 Jun 2019

1g Jun 2018 = RM177
1g Jun 2019 = RM196

5g emas dalam laci tahun lepas bernilai RM885 sudah pun bernilai RM980 pada hari ini, kenaikan sebanyak RM95 iaitu sekitar 11%

Ada beli 100g pada harga RM17,497 tahun lepas?

Hari ini emas dengan berat yang sama sudah bernilai RM19,383...pertambahan sebanyak RM1886

Kalau 1kg?

Beli pada 2018 dengan harga RM174,403...hari ini dah bernilai RM193,199...nilai bertambah sebanyak RM18,796...dah boleh jual balik dengan keuntungan RM7205

Apalagi tunggu,harga semakin naik...kalau dah ada niat nak simpan emas tu dah bagus dah,cuma perlu ambil satu langkah ke depan lagi dengan membuat pembelian yang pertama

#ijanpublicgoldbintulu



Saving kaedah envelope


Sini aku nak share satu kaedah saving selain saving 10% gaji & saving dalam bentuk emas yang selalu aku tulis dalam fesbuk ni

Saving ni untuk hari2 yang jarang berlaku tetapi sekali kalau hari tu datang,boleh tahan juga belanjanya kalau tiada persediaan awal,lebih2 lagi kalau gaji belum lagi masuk atau gaji dah masuk tapi tak cukup pula untuk bajet yang besar2...contohnya harijadi kereta,hari kereta nak dibawa jumpa klinik untuk pemeriksaan kesihatan,hari kereta tiba2 jatuh sakit,hari anak nak daftar masuk sekolah baru,hari2 perayaan seperti Hari Raya Korban,Hari Raya Puasa dan macam2 lagi

Kaedah ni namanya kaedah envelope...tak payah simpan dalam bank...simpan duit cash dalam envelope je, bukan aku yang cipta la,cuma pernah baca dari satu buku yang aku beli dulu,lupa dah nama penulisnya,semoga dia beroleh banyak kebaikan

Apa yang perlu ada ialah envelope, pen,peti besi kecik & disiplin...envelope takyah beli pun takpe,banyak envelope yang masuk peti surat kita tu boleh recycle je,potong elok2 guna letter opener, peti besi beli yang murah2 je asal ada kunci

Ok camana nak saving guna envelope?

Tentukan dulu apa tujuan saving & tulis kat envelope,contohnya :

Envelope 1 : 

Servis + insuran + roadtax kereta 
Bajet : RM1500 setahun
Rm1500 ÷ 12 bulan = RM125 sebulan

Jadi,setiap kali gaji...masukkan RM125 ke dalam envelope & tulis catatan ringkas untuk rujukan

Kalau disiplin & maintain selama 10 bulan,kan dah ada RM1250 dalam tu,nak guna nanti ambil je,tak perlu nak ambil dari duit gaji...ringan sikit rasanya kalau kita dah ready awal2

Contohnya saya sendiri yang baru2 lepas raya ni dah pokai dah,tak sedar pula tu yang kereta dah cukup masa untuk servis & nyawa insuran + road tax pun tinggal sekitar seminggu saja lagi...servis pun kena major service lagi tu,sudah tentu bajet kena lebih dari servis biasa

Jadi,tadi buka peti besi...check envelope untuk servis kereta + roadtax dalamnya ada RM1000...cukup la tu untuk servis kereta nanti,tak perlu nak tunggu gaji & kalau dah gaji pun,tak perlu kacau dah sebab bajet dah ada hasil dari simpanan sikit2...kalau ada lebih nanti,jangan enjoy pulak,simpan balik dalam envelope untuk guna di lain masa

** untuk tip tambahan,gunakan kredit kad untuk bayar kos servis kereta nanti,dapat kumpul poin(jika ada) untuk tebus hadiah (saya guna kredit kad Bank Islam), kredit kad ini saya dah tebus 2 jam tangan bernilai rm350,1 keyboard Casio bernilai rm250,powerbank 10000mAh,steamer bernilai rm300 & laptop permainan bernilai rm30...semua dapat free je melalui
 https://trurewards.bankislam.com.my/Portal/redeem1/

Lepas guna kredit kad tu nanti jangan buat2 lupa pula bayar guna duit dari envelope tu tadi 

Ok,contoh lagi :

Envelope 2 :

Korban Hari Raya Haji
Bajet : RM300 untuk 1 bahagian melalui EZ Qurban Sdn Bhd

RM300 ÷ 12 = RM25 sebulan

RM25 je sebulan bos,tutup mata masukkan dalam envelope je...semua orang mampu tu,apalagi...gaji nanti boleh amalkan,untuk sesiapa yang belum pernah buat korban,boleh la kumpul bajet guna kaedah envelope ni

Selamat mencuba

Thursday, June 13, 2019

Kasi clear semua!


Kepada sesiapa yang mempunyai kawan2, saudara mara di Pulau Pinang, boleh war-warkan berita gembira ni kepada mereka semua

Esok, 15 Jun 2019 dari jam 9am-9pm akan ada *FACTORY CLEARANCE SALE* di PUBLIC GOLD FACTORY BAYAN LEPAS, PENANG

 HIGH TRADE IN PRICE akan diberikan kepada semua yang hadir berurusan esok, Tukar emas lama kepada EMAS BARU!

MURAH! MURAH! MURAH! 

Saturday, June 8, 2019

Dari 999 ke 916


Hari ini 1g RM192

Dulu,emas boleh dikeluarkan dalam bentuk goldbar 999 atau dinar sahaja

Untuk yang belum tahu,emas 999 dalam simpanan akaun GAP juga boleh ditukar ke bentuk emas perhiasan 916

Caranya,tukarkan baki berat emas 999 dalam akaun GAP ke bentuk C-Wallet untuk membeli emas perhiasan di PG Mall (milik Public Gold),kos upah pun murah,kos pos percuma & diinsurankan juga percuma...apa lagi mau? 

Contohnya akaun GAP pelanggan ini mempunyai baki 26.6732g (bernilai RM5121),beliau boleh tukarkan 20g contohny ke bentuk C-Wallet yang bernilai RM3840 & boleh la shopping barang kemas di PG Mall yang bernilai RM3840...katakan harga emas perhiasan pula bernilai RM4000, selebihnya nanti boleh dibayar menggunakan kredit kad atau ebanking

Inilah yang dinamakan main kutu sendiri2 takde nak risau kalau kawan2 tak bayar atau buat2 hilang ingatan bila dah sampai giliran untuk membuat bayaran

Nak beli emas perhiasan sekali terus RM4000 bukan semua orang mampu, tapi bila dah ada sistem sebegini yang patuh syariah dalam Public Gold,semua orang dapat memiliki emas dengan cara yang mampu milik,tinggal cepat atau lambat je lagi


#ijanpublicgoldbintulu

Friday, June 7, 2019

6 bulan...6 gram


Bulan 6 dah...sesiapa yang maintain beli emas 1g setiap bulan sejak Januari 2019,dah 6g terkumpul dalam akaun GAP...bolehlah keluarkan 5g emas fizikal bila2 masa sekarang

Kalau emas fizikal 5g dah berada dalam tangan,itulah duit simpanan anda dalam bentuk emas yang bernilai sekitar RM960

Jika dibandingkan dengan RM200 tunai yang kita simpan setiap bulan selama 6 bulan,akan terkumpul sebanyak RM1200 di dalam akaun bank...itu pun jika tak dikorek kembali untuk beli barang2 yang lain

RM1200 tunai yang dikeluarkan nanti pun berpotensi untuk habis beberapa kelip mata jika tiada daya ketahanan melawan nafsu berbelanja yang bukan2,lebih2 lagi pada musim perayaan

5g emas pula boleh dipajak dengan pinjaman RM600 jika ada keperluan,selalunya akan ditebus kembali kerana risau akan tergadai...jika sudah ditebus,emas akan disimpan lagi untuk kegunaan di lain masa

Duit simpanan tunai RM1200 pun boleh digunakan dulu untuk keperluan,tetapi selalunya akan hilang begitu sahaja tanpa diganti kembali

Jadi,yang mana lebih penting?Simpanan emas atau tunai? 

Dua2 penting,dua2 adalah medium kewangan, dua2 ada kekuatannya yang tersendiri...cuma emas lebih lama bertahan dalam simpanan berbanding tunai dan akan mengekalkan nilai duit anda pada masa hadapan dari dimakan inflasi

Itu baru cerita kalau anda simpan 1g sebulan selama 6 bulan...jika anda menyimpan 2g sebulan?3g sebulan?Setahun dah berapa? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun? 

Bermulalah sekarang,zaman dah moden...cara beli emas sekarang pun dah moden...itulah kelebihan cara simpanan GAP Public Gold

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992
0198657574