Friday, April 26, 2019

GAP Standing Instruction Campaign


Di sini saya ada cadangan untuk penyimpan2 emas tak kira emas jenama apa, 916 atau 999...sama ada yang dah biasa beli secara bulanan maupun kepada sesiapa yang belum ada pengalaman menyimpan emas & bagaimana untuk bermula bersama Public Gold

Untuk pengetahuan secara ringkas,penyimpan emas sebenarnya tak perlu terlalu serius tentang harga yang turun naik kerana itu sudah menjadi lumrah harga emas sebegitu di mana2 pun

Yang penting ialah konsisten,tak kisah berapa pun harga,tetap akan beli & satu lagi adalah strategi yang sesuai dengan kemampuan diri

Cadangan saya ialah tetapkan minimum belian emas bulanan kepada diri sendiri (serendah RM100) & buat satu sistem supaya belian akan berjalan secara automatik iaitu dengan menggunakan servis Standing Instruction dari mana2 bank yang anda suka

Dengan cara ini,sedar tak sedar anda akan mempunyai simpanan emas yang semakin naik jumlahnya kerana belian dah berjalan secara automatik,tak perlu bertangguh2 lagi sehingga kadang2 lupa nak tukarkan sebahagian dari duit gaji ke bentuk emas

Sekarang mari kita tengok apa akan berlaku jika anda membuat potongan gaji sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan berturut2 bermula dari bulan Mei 2019 - Mei 2020

RM200 x 12 bulan = RM2400

Jika harga emas purata yang kita beli adalah RM182 segram, RM2400 adalah bersamaan dengan 13.1868g emas 999, jika anda keluarkan 10g dari akaun anda & tukarkan ke bentuk fizikal 10g goldbar,ada lagi baki 3.1868g & boleh ditambahkan lagi sehingga mencapai target berat emas yang anda mahu

Itu kalau RM200 sebulan,lagi besar anda buat potongan sebulan,semakin beratlah aset dalam bentuk goldbar akan menjadi milik anda

Di samping membuat potongan secara automatik,sekiranya anda ada lagi lebihan gaji/untung bisnes yang anda dapat...boleh saja tambah belian emas anda dengan menggunakan kaedah manual seperti biasa bila2 anda suka

Dengan kelebihan potongan automatik yang anda lakukan pula (1 penyertaan untuk setiap RM100 potongan) akan layak untuk lucky draw yang akan dilakukan setiap bulan dengan 1 hadiah utama 5g goldbar, 0.5g x 10 atau folder emas Public Gold x 10

Dengan Public Gold,setiap bulan dah boleh beli emas & inilah salah satu cara yang berkesan untuk menabung jika cara sebelum ini tak berjaya

Whatsapp no di bawah jika anda setuju dengan cadangan saya ini & biar saya uruskan semuanya

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

#ijanpublicgoldbintulu

Tuesday, April 23, 2019

Goldbar tak menarik la...simpan emas perhiasan lagi best,ye ke?



Apa bezanya kalau saya simpan dalam bentuk emas perhiasan (916) je,goldbar (999) tak menarik sebab kena simpan,takleh nak pakai,ok ke kalau tak simpan dalam bentuk goldbar?

Ok je,kalau nak simpan emas perhiasan saja pun boleh,emas jugak namanya,dalam jangkamasa yang panjang pun akan semakin naik nilainya,cuma kalau nak nilai yang lebih berbaloi,goldbar adalah lebih sesuai kalau tujuan utama membeli adalah untuk simpanan.Lebih berbaloi macamana tu?Ok,sini saya cerita

Kebetulan baru2 ni ada kawan beli seutas rantai & loket emas untuk isterinya,bolehlah dijadikan contoh untuk pengiraan.Saya pun minta kebenaran dari beliau untuk saya ambil butir2 penting berkenaan dengan harga 1g emas 916,upah & GST yang dikenakan oleh kedai emas tempat dia berurusan,nak tulis artikel tentang beza antara emas perhiasan di kedai biasa & goldbar dari Public Gold jika dijadikan simpanan

Artikel ini bukanlah nak kata goldbar ni yang paling bagus,cuma di sini saya nak beri anda semua kefahaman,kenapa goldbar adalah lebih bagus jika tujuan kita beli adalah untuk disimpan.Kalau tujuan beli ialah nak dijadikan perhiasan,goldbar memang tak sesuailah,nak hias kat mana goldbar ni nanti?

Ok,kita tengok dulu kos2 pecahan yang terlibat apabila kawan saya tadi membeli rantai & loket yang berjumlah RM6399 dengan mengambil kira 1g emas 916 bersamaan RM190

BAHAGIAN PERTAMA (EMAS 916 Kedai Biasa)

A. Rantai
Berat : 20.8g @ RM3952
Upah : RM380
GST :  RM3952 x 6% = RM237
Jumlah : RM4569

B. Loket
Berat : 7.2gram @ RM1368
Upah : RM380
GST : RM1368 x 6% = RM82
Jumlah : RM1830

Jumlah harga Rantai + Loket + Upah + GST ialah RM6399

RM6399 telah dikeluarkan untuk membeli emas 916 yang beratnya 28g

Cuba bahagikan RM6399 kepada 28g,maka JUMLAH SEBENAR untuk 1g emas 916 ialah RM228

BAHAGIAN KEDUA (EMAS 999 Public Gold)

Jika duit RM6399 kawan saya tadi digunakan untuk membeli emas 999 Public Gold pada kadar RM195 untuk 1g,dia akan dapat emas 999 yang beratnya 32.82g tanpa GST & tanpa kos upah

Emas 916 spread/susutnilai adalah sekitar 30%

Cuba kira,jika emas 916 yang beratnya 28g tadi,semalam beli & hari ini jual,susutnilainya adalah seperti berikut :

28g x RM190 - 30% = RM3724

Ok,kita tengok pula emas 999 Public Gold,susutnilai ialah 8% sahaja

Kita kira lagi,sabar....artikel ini panjang...teruskan membaca hihihi

Emas 999 dengan berat 32.82g harganya RM6399 yang dibeli semalam,jika hari ini jual susutnilainya ialah :

RM6399 - 8% = RM5877

Dapat faham tak setakat ni?Ok,takyah tengok atas lagi,KESIMPULANNYA adalah seperti berikut,

Emas 916,berat 28g dibeli semalam dengan harga RM6399,jika hari ini jual akan dapat RM3724 (susutnilai sebanyak RM2675)

MANAKALA

Emas 999,berat 32.82g dibeli semalam dengan harga yang sama iaitu RM6399,jika hari ini jual akan dapat RM5877 (susutnilai sebanyak RM522 sahaja)

Nampak tak?

Jadi itu semua tadi adalah dalam jangka masa pendek,jarang orang beli emas hari ini & jual esok

Jadi,poin yang anda dapat hari ini kenapa emas 999 Public Gold lebih sesuai dijadikan simpanan ialah :

1. Emas 999 Public Gold tiada GST & upah,jadi harga per gram sebenar lebih murah

2. Emas 999 Public Gold susutnilai adalah antara 6-9% sahaja

3. Lebih cepat menikmati keuntungan kerana susutnilai yang rendah

Ok ka?

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG87992
0198657574

Bro, pinjam RM2000...nak guna duit la...



Ada kenalan terdesak nak guna RM2000 dalam masa terdekat,duit simpanan walaupun ada tapi tak cukup

Saya cadangkan gadai saja emas Public Gold yang dia ada,10g & 5g pun dah cukup untuk buat pinjaman sekitar RM2000,pergi saja ke Arrahnu yang berdekatan

+ Haa apa update? Tanya saya semalam melalui aplikasi Whatsapp 

- Hehe...boleh pinjam RM2040 bang...upah simpan dalam RM21.50 je sebulan,terima kasih bang bagi idea

Gadai emas tak perlu penjamin,emas tu sendiri dah mampu menjamin dirinya sendiri...pinjaman pun boleh diluluskan dengan segera,tak perlu nak mati setem bagai

Nak tebus balik nanti,buatlah jadual bayaran balik sendiri untuk tebus emas apabila sudah tiba masanya

Pinjaman RM2040 dengan upah simpan berjumlah RM129 selama 6 bulan,jika dibahagikan...kita cuma perlu simpan RM361.50 sebulan

Cukup 6 bulan,simpanan kita akan terkumpul sebanyak RM2169 dan bawalah duit itu nanti untuk tebus balik emas yang kita pajakkan...kalau tak buat begini nanti akan terkejut mana nak dapatkan RM2169 untuk tebus emas yang dah 6 bulan dalam simpanan Arrahnu 

Itulah kelebihan jika ada simpanan emas, dapat membantu bila keadaan terdesak...duit dapat untuk keperluan & tiba masa,emas pun akan dapat balik

Simpanlah emas sekarang sebagai back up di kemudian hari

Saya cadangkan emas dari Public Gold & kaedah GAP untuk  emas yang mampu milik

Whatsapp untuk lebih lanjut

http://wasap.my/60198657574

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG00087992

Monday, April 22, 2019

Aurora Italia Mother's Day Promotion




Promo sehingga 30 April 2019

Whatsapp 0198657574 untuk order

Arrahnu


Kalau dah keluarkan contohnya 5g,10g atau 20g,macamana nak guna emas ni?

Simpan saja di tempat yang selamat,jika ada keperluan nak guna duit,gunakanlah duit simpanan dulu,emas ini hanya sebagai back up,hanya akan digunakan jika sudah betul2 terdesak.Itupun jarang orang jual emas dalam simpanannya kerana kalau dah jual,nak dapat beli balik dengan harga semurah yang kita beli dahulu adalah agak mustahil.Gadai lagi bagus jika nilainya tidak begitu besar.

Contohnya bila kereta kita rosak,nak repair perlu kos RM500...nak guna duit,simpanan dah habis untuk keperluan lain...nak tunggu gaji lagi lama...nak pinjam kawan,segan...nak buat personal loan,minimum personal loan takde yang RM500...nak pinjam along,takut

Jadi,inilah masanya 5g goldbar di tangan yang kita beli sikit2 dulu berguna untuk dapatkan wang segera,katakan nilai 5g ialah RM1000,bawa emas tu ke Arrahnu bersama resit belian emas tu dulu,kita akan dapat pinjaman segera sekitar 70% dari nilai emas,iaitu RM700,upah simpan Arrahnu pula ialah 70 sen untuk setiap RM100 (nilai emas RM1000 dibahagi dengan RM100,didarab dengan 70sen sama dengan RM7.00)

Dapat pinjaman RM700 tu nanti,RM200 simpan dalam sampul,jangan dibelanjakan.RM500 pula gunalah untuk repair kereta tadi.Terima gaji nanti,ambil RM500 dari bank & keluarkan RM200 yang kita simpan dalam sampul tu,jadi jumlah RM700 itulah yang kita bawa ke Arrahnu untuk tebus balik emas 5g yang kita gadai.Jangan lupa bayar RM7 untuk upah simpan di Arrahnu.

Itulah gunanya jika ada emas di tangan,pinjaman dapat,masalah selesai,Arrahnu dapat keuntungan,emas pun dapat balik untuk digunakan di kemudian hari.

** Setiap Arrahnu mempunyai kiraan upah simpan yang berbeza,kiraan di atas adalah anggaran terdekat sahaja untuk memudahkan pengiraan & kefahaman

Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer 
0198657574

Monday, April 15, 2019

Simpanan 3 bulan gaji,asas ilmu kewangan


Nombor 4 tu, kalau ikut kiraan matematik mudah,simpan 10% dari gaji x 30 bulan (2.5 tahun) = 3 bulan gaji nilai simpanan

Inilah asas/basic simpanan dalam kewangan, bukan saya kata, saya tulis saja berdasarkan apa yang saya baca

Tapi payah la nak amalkan sebab simpan duit ni, selalunya akan jadi kurang balik...lebih2 lagi simpanan semakin banyak, semakin banyak pula yang keluar balik...puncanya salah duitlah, bukan kita yang salah...sifat duit adalah ia menggoda kita untuk dibelanjakan ke arah yang bila difikirkan betul2, bukanlah keperluan sangat pun, lebih kepada memuaskan nafsu membeli barang yang kita nak...semakin banyak jumlahnya, godaannya akan semakin liar

Nak jinakkannya senang saja,tukar sebahagian dari simpanan kita tu ke bentuk emas...sebab sifat emas yang memang untuk disimpan, semakin dibeli,semakin banyak pula nak simpan

Semakin banyak duit ditukarkan menjadi emas,semakin naiklah simpanan untuk tabung kecemasan...sedar tak sedar dah lebih dari jumlah 3 bulan gaji dalam masa yang singkat

Tapi itu kena ada ilmu yang betullah

... & sedikit ilmu tu ada pada saya lebih dari 2 tahun dah

Kalau rasa dah bertahun2 kerja tapi simpanan payah nak buat, tukarlah strategi ke simpanan emas, saya dengan senang hati boleh berkongsi ilmu, free saja

Whatsapp saja kalau mau tau

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

#ijanpublicgoldbintulu

Sunday, April 14, 2019

Simpanan emas adalah yang terbaik?


Emas hanyalah salah satu alat dalam kewangan untuk mencapai target tertentu,sudah pasti ada kelebihan & ada kekurangan...Mana mungkin untuk dapat keuntungan pada esok hari jika baru membeli pada hari ini

Dan saya juga tak kata emas yang paling bagus & yang lain2 seperti ASB, simpanan di bank, Tabung Haji,Mutual Fund,SSP,Takaful serta simpan duit dicelah2 buku, bawah bantal tak bagus
Saya sendiri pun ada potongan bulanan gaji secara automatik ke ASB, Tabung Haji, Mutual Fund & Takaful

Kompeni pun setiap suku tahun ada bagi hadiah dalam bentuk SSP kepada semua pekerja jika loji beroperasi dalam keadaan baik, celah2 helaian mukasurat buku pun ada simpan duit sampai lupa setelah disimpan dalam rak buku dalam tempoh yang lama

Potongan secara manual pun ada ke akaun bank biasa ikut suka bila2 ada keuntungan dari bisnes sampingan atau apa2 bonus
Semua alat kewangan ini adalah ibarat seperti peralatan2 dalam pertukangan kayu

Gergaji tak boleh mendabik dada kata dia paling bagus kerana tanpa pengukur, bagaimana untuk mendapat ukuran yang tepat?

Tukul pun tak boleh kata dia paling hebat kerana belakang kapak pun boleh berfungsi sebagai tukul

Pahat pun tak boleh kata dia rajin kerana tanpa tukul, bagaimana untuk pahat melakukan kerja dengan baik?

Semua peralatan ini saling bekerjasama untuk menghasilkan satu hasil kerja kayu yang cantik maka begitulah juga alat2 kewangan seperti emas,ASB,Tabung Haji,Mutual Fund, Takaful & lain2 yang perlu ada untuk menjamin kewangan yang stabil pada masa depan

Yang paling penting sebenarnya dalam semua ini adalah ilmu yang betul...Gergaji buatan terbaik pun takkan dapat menghasilkan kerja yang memuaskan jika tiada ilmu untuk menggunakannya dengan betul

Begitu jugalah dengan emas...membeli dengan semberono tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan

Oleh itu, apa2 pun cara anda menyimpan duit atau membuat pelaburan, pastikan anda ada ilmu yang betul... Yang penting simpanan sepatutnya meningkat naik tahun demi tahun, jika sama sahaja atau semakin berkurangan,itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena...maka, dapatkanlah ilmu dari sumber2 yang boleh dipercayai melalui seminar, bacaan, video & pelbagai lagi media untuk mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik

Fuh, rasa macam pakar pula menulis sebegini
Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
PG00087992

Main Hoi


Di Public Gold pun ada sistem nok boleh main hoi juak, boleh main sorang2 jak,sik stress mun sik dapat bayar untuk bulan2 tertentu atau geng nok join sama tek ada nok tiba2 tarik diri...orang nok main hoi tok tauklah perangei sesetengah orang nok kurang disiplin tok, tapi ada juak nok berdisiplinlah cuma keadaan kadang2 memaksa bajet untuk hoi tek dibelanjakan untuk benda lain nok lebih penting

Caranya,
1. Bukak akaun GAP Public Gold

2. Set target berapa nilai emas maok, contohnya gelang RM5k emas 916 atau bersamaan dengan sekitar 27g nilai emas 999

3. Set target simpanan sekitar 27g emas 999 dalam GAP akaun,beli sikit2 ikut kemampuan

Contoh : Beli 3g sebulan konsisten,dalam 9 bulan dah ada 27g dalam akaun GAP

4. Mun dah sampei target simpanan 27g,tukarkan nilai 27g ya (sekitar RM5000) ke c-wallet untuk kita beli barang kemas di PG Mall (milik Public Gold)

5. Pilih mana2 barang kemas nei nok disuka dalam PG Mall...beli pakei C-wallet tadik

6. Barang kemas akan di pos dari HQ  Public Gold (Penang), free & diinsurankan

Tambahan :
Katakan masa bulan ke 9 ya tek harga emas 999 dah RM200 per gram, nilai c-wallet kita pun akan ikut sama nait, RM200 x 27g =RM5400

Kiraan nok di atas semua tok tek merujuk pada emas 999 RM190 segram
Lebih selamat sebab kita sendirik jak main, mun kita sik mampu beli banyak untuk bulan ke-3 contohnya, boleh beli 2g atau 1g...lamak2 pun akan terkumpul juak target 27g ya tek, cepat atau lambat jak gik

Mun dah sampei target 27g kelak contohnya & bertukar fikiran nak meli barang kemas 10g ajak, boleh beli jak 10g, baki 17g kelak akan tinggal dalam akaun, boleh tukar juak ke gold bar atau dinar emas 999 @ simpan ajak dalam akaun pun boleh juak

Mun perlu duit, baki dalam akaun GAP ya tek boleh digadai secara online jak...atau pun jual balit jak ngan Public Gold...pusin sinun pusin sitok,macam2 kelebihan nok kita dapat mun saving emas tok

Mun nak join hoi tok,kontek jak 0198657574... Kelakku guide & uruskan...




Wednesday, April 10, 2019

Emas Sebagai Back Up Kewangan



Tabung emergency? Nak tau kenapa perlu menabung sama ada cash atau dalam bentuk emas?

Nak tau contoh emergency?

Haa, ini saya nak cerita...pengalaman sendiri lebih seronok untuk dikongsikan bersama

3 hari lepas,aircond kereta tak sejuk langsung...kena hantar untuk checklah...servis memang ikut jadual,tapi kereta pun dah lebih 10 tahun...memang akan dijangka macam2 boleh jadi kat mana2 bahagian pun...tu lah kena bersedia lebih awal

Pada peringkat awal pemeriksaan,hanya bahagian pulley,magnetic coil & belting sahaja yang nampak bermasalah,perlu ganti baru...sekali dengan gaji pekerja, kos pemasangan ialah sekitar rm550

Setelah dibuka satu2 & nak pasang pulley yang baru,nampak bahagian shaft yang menyambungkan bahagian pulley & compressor dah bengkok...nak pasang memang boleh jalan,tapi sebab dah tak seimbang,kemungkinan nak rosak balik adalah besar & kos nak repair pun kena keluarkan lagi

Pilihan yang dicadangkan oleh mekanik setelah diterangkan tentang masalah sebenar yang dihadapi  ialah tukar terus 1 set...kos sekali gaji pasang sekitar RM1400 bersama waranti 1 tahun

Alhamdulillah, nasib baik dah bersedia awal dari segi mental & kewangan,saya pun dah ada tabung kecemasan khas untuk kereta di mana saya akan simpan RM200 minimum atau lebih lagi setiap bulan & sekarang sudah ada RM1000 dalam tabung...RM400 takde masalah sebab sebahagian gaji bulan lepas masih ada...keperluan lain pun dah setel sebelumnya sebab bajet bulanan memang dipantau secara terperinci

Macamana kalau takde cash RM1400? Gaji lama lagi,10 hari mau tunggu, nak pinjam kawan? Sori la kawan mau bagi RM1400

Masa beginilah emas 10g dalam simpanan boleh membantu...

Caranya :

Bawa 10g tadi sekali dengan resit ke mana2 Arrahnu, kita boleh dapat pinjaman segera sekitar RM1470, cukup la tu untuk belanja repair

Dah terima gaji nanti,boleh la tebus emas kita tu balik

& itulah kelebihan jika ada simpanan emas,walaupun takde dividen setiap tahun, ia ada kekuatannya sendiri iaitu boleh dijadikan sebagai back up kewangan...jangan fikir untung hanya ada dalam nilai dividen tahunan sahaja

Ok,kereta pun dah nak siap,semoga bermanfaat

#ijanpublicgoldbintulu

TIPS SIMPAN EMAS BERMODAL KECIL


TIPS SIMPAN EMAS BERMODAL KECIL

Semua orang tahu kelebihan menyimpan emas sebagai pengikat nilai matawang...eh,taklah semua orang...lebih2 lagi semakin hari nilai RM semakin menurun dimamah inflasi

Tahukah anda yang emas sekarang ni boleh dibeli dengan berat sekecil 1/2 gram atau 1 gram?

Salah satu cara menyimpan emas yang saya amalkan ialah melalui Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold
Dengan GAP, pembeli akan menukarkan wang kertas ke berat emas & boleh mengeluarkannya dalam bentuk gold bar atau dinar setelah target berat yang dihajati tercapai

Selain itu, para pembeli boleh juga menjual atau menggadaikan emas yang dimiliki di dalam akaun GAP tanpa perlu mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal

GAP bagi saya adalah medium yang sangat baik bagi mereka yang bermodal kecil atau bimbang menyimpan emas sendiri di rumah

Jadi, mulalah menyimpan emas dari sekarang walaupun hanya dengan seberat 1 gram sebulan

Tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi bar/jongkong emas yang lebih besar & berat

Mahu tahu cara buka akaun GAP?Whatsapp saja bila2 masa


http://wasap.my/60198657574
http://wasap.my/60198657574
http://wasap.my/60198657574

#ijanpublicgoldbintulu

Tuesday, April 9, 2019

916 atau 999?

Antara soalan yang paling selalu ditanya ialah mana yang lebih bagus, emas 916 atau emas 999?

Emas 916 merujuk kepada emas perhiasan manakala emas 999 pula merujuk kepada goldbar & dinar untuk simpanan

Dua2 bagus...yang tak bagus sebenarnya ialah orang yang tiada simpanan langsung sama ada dalam bentuk tunai maupun dalam bentuk emas

Kalau tujuannya untuk perhiasan,sudah semestinya emas 916 yang lebih bagus kerana lebih tahan lasak dari emas 999

Dan kalau tujuannya untuk simpanan,emas 999 lah lebih bagus kerana mempunyai peratus ketulenan yang lebih tinggi

Sekarang mari kita lihat dari sudut emas sebagai simpanan & merujuk kepada resit belian cincin emas 916 yang dikongsikan dari seorang kawan

• HARGA

Emas 916 (pada 2/3/2019)

1g = RM180
Upah = RM70
Berat cincin = 3.3g
3.3g x RM180 = RM594
RM594 + upah (RM70) = RM670

Emas 999 (pada hari ini 26/3/2019)

1g = RM187
Upah = RM15
Berat : 3.3g
3.3g x RM187 = RM617
RM617 + upah RM15 = RM632

Ringkasan :
3.3g emas 916 = RM670
3.3g emas 999 = RM632

• SUSUTNILAI

Emas 916
Susutnilai adalah antara 15-30%
Kita ambil yang paling tinggi 30%
RM594 - 30% = RM416

Emas 999
Susutnilai antara 7-9%
Kita ambil yang paling tinggi 9%
RM617 - 9% = RM561

Ringkasan
Emas 916 seberat 3.3g dengan harga RM594 apabila dijual balik,dapat RM416

Manakala emas 916 seberat 3.3g dengan harga RM617 pula apabila dijual balik,dapat RM561

• GADAI (pada kadar 75%)

Emas 916
RM594 x 75% = RM446

Emas 999
RM617 x 75% = RM555

Ringkasan
Emas 916 seberat 3.3g dapat nilai pinjaman RM446

Emas 999 seberat 3.3g pula dapat nilai pinjaman RM555

******

Itulah serba sedikit pengiraan ringkas untuk menunjukkan apa yang dikatakan kelebihan emas 999 apabila dijadikan sebagai simpanan dari segi harga,susutnilai & gadaian

Semoga bermanfaat




1g Goldbar Retail Price


Semalam ada customer cari emas fizikal 1g & nak 2 keping...saya ada beberapa stok yang saya saja2 simpan...kalau orang beli pun ok,kalau orang tak beli pun ok...dua2 mendatangkan keuntungan

1g emas Public Gold, retail pricenya adalah RM250...ada yang setinggi RM280 atas sebab edisi limited edition...& ada juga yang lebih dari RM300 kerana stok dah pupus & tak dikeluarkan lagi

Kalau nak murah,boleh saja beli guna akaun GAP... harga 1g untuk hari ini ialah RM183 & ditambah pula dengan kos premium RM15 menjadi RM198...kena ambil sendiri di cawangan terdekat & kalau melalui pos, kena tambah lagi RM23 untuk kos pos + insuran dari HQ Public Gold di Pulau Pinang....murah tapi banyak kerja... nak cepat...ambil saja mana2 stok yang saya ada dengan retail price

Tak kisah tu,sedangkan simkad RM90 pun orang beli walaupun simkad RM10 ada...apalah sangat dengan emas 1g RM250

Jadi dapatlah jual 2g dengan harga RM500 semalam & tadi fikir nak gunakan RM500 tu untuk tambahkan lagi simpanan emas dalam GAP ( RM500 = 2.7322g)

Masa nak beli, tukar fikiran pulak...baik tambahkan lagi berat silver dalam SAP (Silver Accumulated Program)...dulu target nak keluarkan 250g silver dah tercapai & sekarang nak target 500g silver pulak, nak kumpul emas sampai 500g lagi lama nak tercapai haha...

Siapa pesan dulu lupa dah, bila duit dah tukar menjadi aset...sebaik2nya janganlah tukar jadi liabiliti balik...tukarlah ke bentuk aset lain seperti rumah,tanah....silver termasuk sekali lah...

Amacam? Dah selalu beli emas tu, cuba2lah simpan silver pulak...InsyaAllah ada kebaikannya

Public Gold pun ada jual silver & boleh beli sedikit2 seperti GAP...mudah saja,kalau dah biasa beli emas,silver pun tak menjadi masalah jika di Public Gold

5g Goldbar Habis Stok?



Di Miri minggu lepas (29/3) & singgah sekejap di cawangan Public Gold, ingat nak keluarkan 3 keping goldbar 5g tapi habis stok pula

Eh, kata stok banyak & sentiasa ada...komplen seorang kawan kat saya dulu hahaha

Yalah stok memang banyak,tapi ada masanya habis juga di cawangan2 tertentu kerana permintaan kadang2 terlalu memberangsangkan

Sedangkan minyak masak pun pernah habis stok,minyak petrol/diesel pun pernah habis stok...hatta bawang merah pun pernah habis stok di supermarket...apalah nak hairan kalau emas pun habis stok

Stok memang ada bos...tapi di HQ di Pulau Pinang sana...boleh request untuk pos kalau tak sabar tunggu stok sampai di cawangan terdekat

Istimewanya di Public Gold,stok takde di cawangan pun masih boleh beli dulu & lock harga...sesetengah brand kena tunggu stok ada dulu baru boleh beli...bila stok ada nanti harga tiba2 naik pulak

1/4 request untuk pos saja dari HQ,hari ini (7/5) selamat sampai

Alhamdulillah

Saturday, April 6, 2019

Seminar Public Gold di Hotel 101 Bintulu 6 April 2019



Perkongsian ilmu emas dari Public Gold semalam sangat menarik & lain dari kebiasaan di mana hadiah2 untuk lucky draw semakin menarik... setiap peserta mendapat doorgift yang bernilai RM20 dalam bentuk C-wallet yang boleh digunakan untuk membeli secara online di PG Mall

2 lagi hadiah dalam bentuk C-Wallet yang bernilai RM80 & RM50 untuk 2 peserta yang bertuah

Ada lagi? Adaa...0.5g goldbar,5 folder Public Gold,thumbdrive dengan replika goldbar yang cantik & 10 dirham (silver seberat 29.75g) yang bernilai RM155

Firesale goldbar dengan harga diskaun & boleh dibeli dengan kaedah EPP Patuh Syariah (bayaran ansuran) dengan pengecualian kos premium

Ada beberapa rakan yang baru kali pertama hadir seminar dengan tiada ilmu asas simpanan emas yang betul tanpa bertangguh lagi terus membuka akaun emas GAP setelah mendapat kefahaman dari penerangan ringkas & padat oleh salah seorang speaker Public Gold yang aktif dari Miri,Steven Blanda

Jemputlah datang ke mana2 seminar Public Gold jika ada kesempatan,lebih 100 seminar percuma dalam sebulan dianjurkan seluruh negara

Dengan penerangan ilmu emas yang sebenar dari Public Gold, insyaAllah keadaan kewangan anda akan bertambah baik jika menjadikan emas sebagai salah satu cara untuk saving & mencapai target dalam kehidupan anda

Betulll....tak tipu punya....

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

http://wasap.my/60198657574

#ijanpublicgoldbintulu