Tuesday, April 9, 2019
1g Goldbar Retail Price
Semalam ada customer cari emas fizikal 1g & nak 2 keping...saya ada beberapa stok yang saya saja2 simpan...kalau orang beli pun ok,kalau orang tak beli pun ok...dua2 mendatangkan keuntungan
1g emas Public Gold, retail pricenya adalah RM250...ada yang setinggi RM280 atas sebab edisi limited edition...& ada juga yang lebih dari RM300 kerana stok dah pupus & tak dikeluarkan lagi
Kalau nak murah,boleh saja beli guna akaun GAP... harga 1g untuk hari ini ialah RM183 & ditambah pula dengan kos premium RM15 menjadi RM198...kena ambil sendiri di cawangan terdekat & kalau melalui pos, kena tambah lagi RM23 untuk kos pos + insuran dari HQ Public Gold di Pulau Pinang....murah tapi banyak kerja... nak cepat...ambil saja mana2 stok yang saya ada dengan retail price
Tak kisah tu,sedangkan simkad RM90 pun orang beli walaupun simkad RM10 ada...apalah sangat dengan emas 1g RM250
Jadi dapatlah jual 2g dengan harga RM500 semalam & tadi fikir nak gunakan RM500 tu untuk tambahkan lagi simpanan emas dalam GAP ( RM500 = 2.7322g)
Masa nak beli, tukar fikiran pulak...baik tambahkan lagi berat silver dalam SAP (Silver Accumulated Program)...dulu target nak keluarkan 250g silver dah tercapai & sekarang nak target 500g silver pulak, nak kumpul emas sampai 500g lagi lama nak tercapai haha...
Siapa pesan dulu lupa dah, bila duit dah tukar menjadi aset...sebaik2nya janganlah tukar jadi liabiliti balik...tukarlah ke bentuk aset lain seperti rumah,tanah....silver termasuk sekali lah...
Amacam? Dah selalu beli emas tu, cuba2lah simpan silver pulak...InsyaAllah ada kebaikannya
Public Gold pun ada jual silver & boleh beli sedikit2 seperti GAP...mudah saja,kalau dah biasa beli emas,silver pun tak menjadi masalah jika di Public Gold
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment