Antara soalan yang paling selalu ditanya ialah mana yang lebih bagus, emas 916 atau emas 999?
Emas 916 merujuk kepada emas perhiasan manakala emas 999 pula merujuk kepada goldbar & dinar untuk simpanan
Dua2 bagus...yang tak bagus sebenarnya ialah orang yang tiada simpanan langsung sama ada dalam bentuk tunai maupun dalam bentuk emas
Kalau tujuannya untuk perhiasan,sudah semestinya emas 916 yang lebih bagus kerana lebih tahan lasak dari emas 999
Dan kalau tujuannya untuk simpanan,emas 999 lah lebih bagus kerana mempunyai peratus ketulenan yang lebih tinggi
Sekarang mari kita lihat dari sudut emas sebagai simpanan & merujuk kepada resit belian cincin emas 916 yang dikongsikan dari seorang kawan
• HARGA
Emas 916 (pada 2/3/2019)
1g = RM180
Upah = RM70
Berat cincin = 3.3g
3.3g x RM180 = RM594
RM594 + upah (RM70) = RM670
Emas 999 (pada hari ini 26/3/2019)
1g = RM187
Upah = RM15
Berat : 3.3g
3.3g x RM187 = RM617
RM617 + upah RM15 = RM632
Ringkasan :
3.3g emas 916 = RM670
3.3g emas 999 = RM632
• SUSUTNILAI
Emas 916
Susutnilai adalah antara 15-30%
Kita ambil yang paling tinggi 30%
RM594 - 30% = RM416
Emas 999
Susutnilai antara 7-9%
Kita ambil yang paling tinggi 9%
RM617 - 9% = RM561
Ringkasan
Emas 916 seberat 3.3g dengan harga RM594 apabila dijual balik,dapat RM416
Manakala emas 916 seberat 3.3g dengan harga RM617 pula apabila dijual balik,dapat RM561
• GADAI (pada kadar 75%)
Emas 916
RM594 x 75% = RM446
Emas 999
RM617 x 75% = RM555
Ringkasan
Emas 916 seberat 3.3g dapat nilai pinjaman RM446
Emas 999 seberat 3.3g pula dapat nilai pinjaman RM555
******
Itulah serba sedikit pengiraan ringkas untuk menunjukkan apa yang dikatakan kelebihan emas 999 apabila dijadikan sebagai simpanan dari segi harga,susutnilai & gadaian
Semoga bermanfaat

No comments:
Post a Comment