Apa bezanya kalau saya simpan dalam bentuk emas perhiasan (916) je,goldbar (999) tak menarik sebab kena simpan,takleh nak pakai,ok ke kalau tak simpan dalam bentuk goldbar?
Ok je,kalau nak simpan emas perhiasan saja pun boleh,emas jugak namanya,dalam jangkamasa yang panjang pun akan semakin naik nilainya,cuma kalau nak nilai yang lebih berbaloi,goldbar adalah lebih sesuai kalau tujuan utama membeli adalah untuk simpanan.Lebih berbaloi macamana tu?Ok,sini saya cerita
Kebetulan baru2 ni ada kawan beli seutas rantai & loket emas untuk isterinya,bolehlah dijadikan contoh untuk pengiraan.Saya pun minta kebenaran dari beliau untuk saya ambil butir2 penting berkenaan dengan harga 1g emas 916,upah & GST yang dikenakan oleh kedai emas tempat dia berurusan,nak tulis artikel tentang beza antara emas perhiasan di kedai biasa & goldbar dari Public Gold jika dijadikan simpanan
Artikel ini bukanlah nak kata goldbar ni yang paling bagus,cuma di sini saya nak beri anda semua kefahaman,kenapa goldbar adalah lebih bagus jika tujuan kita beli adalah untuk disimpan.Kalau tujuan beli ialah nak dijadikan perhiasan,goldbar memang tak sesuailah,nak hias kat mana goldbar ni nanti?
Ok,kita tengok dulu kos2 pecahan yang terlibat apabila kawan saya tadi membeli rantai & loket yang berjumlah RM6399 dengan mengambil kira 1g emas 916 bersamaan RM190
BAHAGIAN PERTAMA (EMAS 916 Kedai Biasa)
A. Rantai
Berat : 20.8g @ RM3952
Upah : RM380
GST : RM3952 x 6% = RM237
Jumlah : RM4569
B. Loket
Berat : 7.2gram @ RM1368
Upah : RM380
GST : RM1368 x 6% = RM82
Jumlah : RM1830
Jumlah harga Rantai + Loket + Upah + GST ialah RM6399
RM6399 telah dikeluarkan untuk membeli emas 916 yang beratnya 28g
Cuba bahagikan RM6399 kepada 28g,maka JUMLAH SEBENAR untuk 1g emas 916 ialah RM228
BAHAGIAN KEDUA (EMAS 999 Public Gold)
Jika duit RM6399 kawan saya tadi digunakan untuk membeli emas 999 Public Gold pada kadar RM195 untuk 1g,dia akan dapat emas 999 yang beratnya 32.82g tanpa GST & tanpa kos upah
Emas 916 spread/susutnilai adalah sekitar 30%
Cuba kira,jika emas 916 yang beratnya 28g tadi,semalam beli & hari ini jual,susutnilainya adalah seperti berikut :
28g x RM190 - 30% = RM3724
Ok,kita tengok pula emas 999 Public Gold,susutnilai ialah 8% sahaja
Kita kira lagi,sabar....artikel ini panjang...teruskan membaca hihihi
Emas 999 dengan berat 32.82g harganya RM6399 yang dibeli semalam,jika hari ini jual susutnilainya ialah :
RM6399 - 8% = RM5877
Dapat faham tak setakat ni?Ok,takyah tengok atas lagi,KESIMPULANNYA adalah seperti berikut,
Emas 916,berat 28g dibeli semalam dengan harga RM6399,jika hari ini jual akan dapat RM3724 (susutnilai sebanyak RM2675)
MANAKALA
Emas 999,berat 32.82g dibeli semalam dengan harga yang sama iaitu RM6399,jika hari ini jual akan dapat RM5877 (susutnilai sebanyak RM522 sahaja)
Nampak tak?
Jadi itu semua tadi adalah dalam jangka masa pendek,jarang orang beli emas hari ini & jual esok
Jadi,poin yang anda dapat hari ini kenapa emas 999 Public Gold lebih sesuai dijadikan simpanan ialah :
1. Emas 999 Public Gold tiada GST & upah,jadi harga per gram sebenar lebih murah
2. Emas 999 Public Gold susutnilai adalah antara 6-9% sahaja
3. Lebih cepat menikmati keuntungan kerana susutnilai yang rendah
Ok ka?
Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer PG87992
0198657574

No comments:
Post a Comment