Wednesday, April 10, 2019

Emas Sebagai Back Up Kewangan



Tabung emergency? Nak tau kenapa perlu menabung sama ada cash atau dalam bentuk emas?

Nak tau contoh emergency?

Haa, ini saya nak cerita...pengalaman sendiri lebih seronok untuk dikongsikan bersama

3 hari lepas,aircond kereta tak sejuk langsung...kena hantar untuk checklah...servis memang ikut jadual,tapi kereta pun dah lebih 10 tahun...memang akan dijangka macam2 boleh jadi kat mana2 bahagian pun...tu lah kena bersedia lebih awal

Pada peringkat awal pemeriksaan,hanya bahagian pulley,magnetic coil & belting sahaja yang nampak bermasalah,perlu ganti baru...sekali dengan gaji pekerja, kos pemasangan ialah sekitar rm550

Setelah dibuka satu2 & nak pasang pulley yang baru,nampak bahagian shaft yang menyambungkan bahagian pulley & compressor dah bengkok...nak pasang memang boleh jalan,tapi sebab dah tak seimbang,kemungkinan nak rosak balik adalah besar & kos nak repair pun kena keluarkan lagi

Pilihan yang dicadangkan oleh mekanik setelah diterangkan tentang masalah sebenar yang dihadapi  ialah tukar terus 1 set...kos sekali gaji pasang sekitar RM1400 bersama waranti 1 tahun

Alhamdulillah, nasib baik dah bersedia awal dari segi mental & kewangan,saya pun dah ada tabung kecemasan khas untuk kereta di mana saya akan simpan RM200 minimum atau lebih lagi setiap bulan & sekarang sudah ada RM1000 dalam tabung...RM400 takde masalah sebab sebahagian gaji bulan lepas masih ada...keperluan lain pun dah setel sebelumnya sebab bajet bulanan memang dipantau secara terperinci

Macamana kalau takde cash RM1400? Gaji lama lagi,10 hari mau tunggu, nak pinjam kawan? Sori la kawan mau bagi RM1400

Masa beginilah emas 10g dalam simpanan boleh membantu...

Caranya :

Bawa 10g tadi sekali dengan resit ke mana2 Arrahnu, kita boleh dapat pinjaman segera sekitar RM1470, cukup la tu untuk belanja repair

Dah terima gaji nanti,boleh la tebus emas kita tu balik

& itulah kelebihan jika ada simpanan emas,walaupun takde dividen setiap tahun, ia ada kekuatannya sendiri iaitu boleh dijadikan sebagai back up kewangan...jangan fikir untung hanya ada dalam nilai dividen tahunan sahaja

Ok,kereta pun dah nak siap,semoga bermanfaat

#ijanpublicgoldbintulu

No comments:

Post a Comment