Kalau dah keluarkan contohnya 5g,10g atau 20g,macamana nak guna emas ni?
Simpan saja di tempat yang selamat,jika ada keperluan nak guna duit,gunakanlah duit simpanan dulu,emas ini hanya sebagai back up,hanya akan digunakan jika sudah betul2 terdesak.Itupun jarang orang jual emas dalam simpanannya kerana kalau dah jual,nak dapat beli balik dengan harga semurah yang kita beli dahulu adalah agak mustahil.Gadai lagi bagus jika nilainya tidak begitu besar.
Contohnya bila kereta kita rosak,nak repair perlu kos RM500...nak guna duit,simpanan dah habis untuk keperluan lain...nak tunggu gaji lagi lama...nak pinjam kawan,segan...nak buat personal loan,minimum personal loan takde yang RM500...nak pinjam along,takut
Jadi,inilah masanya 5g goldbar di tangan yang kita beli sikit2 dulu berguna untuk dapatkan wang segera,katakan nilai 5g ialah RM1000,bawa emas tu ke Arrahnu bersama resit belian emas tu dulu,kita akan dapat pinjaman segera sekitar 70% dari nilai emas,iaitu RM700,upah simpan Arrahnu pula ialah 70 sen untuk setiap RM100 (nilai emas RM1000 dibahagi dengan RM100,didarab dengan 70sen sama dengan RM7.00)
Dapat pinjaman RM700 tu nanti,RM200 simpan dalam sampul,jangan dibelanjakan.RM500 pula gunalah untuk repair kereta tadi.Terima gaji nanti,ambil RM500 dari bank & keluarkan RM200 yang kita simpan dalam sampul tu,jadi jumlah RM700 itulah yang kita bawa ke Arrahnu untuk tebus balik emas 5g yang kita gadai.Jangan lupa bayar RM7 untuk upah simpan di Arrahnu.
Itulah gunanya jika ada emas di tangan,pinjaman dapat,masalah selesai,Arrahnu dapat keuntungan,emas pun dapat balik untuk digunakan di kemudian hari.
** Setiap Arrahnu mempunyai kiraan upah simpan yang berbeza,kiraan di atas adalah anggaran terdekat sahaja untuk memudahkan pengiraan & kefahaman
Zulekhzan Bin Fauzi Saadi
Public Gold Dealer
0198657574

No comments:
Post a Comment